Perhatikan Suami Isteri Sebelum Terlambat, Ia Bermula Ditempat Kerja !!

Sudah hampir enam tahun aku berkerja dalam industri. Saja aku tidak nyatakan dalam industri mana, tapi aku akan bagi contoh berdasarkan pemerhatian aku terhadap diri sendiri dan kawan-kawan aku dalam bidang kerjaya.

Tanda Perzinaan Bermula Ditempat Kerja,Awasilah Suami Isteri Sebelum Terlambat

Mulanya nak guna perkataan “ikhtilat” tapi tak semua akan faham kecuali budak-budak usrah dan mungkin budak-budak UIA. Bergurau, jangan marah. Pergaulan bebas lagi senang orang ramai faham apa maksudnya dan tahu juga macam mana sifatnya.

Sering kita baca berita atau artikel mengenai “Pergaulan bebas di kalangan remaja” atau “budak sekolah” atau “pelajar IPT”. Tapi rasanya jarang kita dengar tentang teguran pergaulan bebas di tempat kerja yang melibatkan suami-suami dan isteri-isteri orang. Baik yang muda 20-an hinggalah yang nak pencen 50-an.

Aku akan ceritakan apa yang aku alami dan nampak selama aku berkerja.

BERGURAU KETERLALUAN ANTARA LELAKI & PEREMPUAN

Benda ni sangat biasa. Bergurau, gelak-gelak dan yang paling aku tak berkenan tepuk tampar sentuh-sentuh. Sebelum tu aku nak bagitau yang aku ni seorang lelaki dan aku normal, haha. Maksudnya aku juga ada nafsu dan bila bergurau memang akan rasa seronok. Tapi nafsu itu kalau dirai dan dan dilayan, memang akan merosakkan.

Aku dah pun berkahwin dan aku tak suka bila ada lelaki yang cuba-cuba bergurau dengan isteri aku. Kalau korang kata aku kolot, jumud atau tak open-minded, aku rasa korang yang ada masalah sebenarnya. Sebagai seorang suami, kau takkan rasa senang bila isteri sendiri dikacau oleh kawan-kawan lelaki apatah lagi orang luar.

Mungkin yang senior-senior ada cara guraunya sendiri. Bertanya tentang anak sihat ke tidak, perihal keluarga masing-masing dan macam-macam semata-mata nak tau dan ambil berat. “Eh, anak puan dah sihat ke? Anak saya yang first pun lebih kurang sama je macam tu… haha (gelak sengih²)”. Yang ni mungkin tak keterlaluan.

Keterlaluan yang aku maksudkan ialah apabila gurauan itu dah melebihi ‘redline’, contohnya bergurau tentang hal-hal dalam bilik dan hal-hal dalam kain. Bergurau tentang malam jumaat antara lelaki dan perempuan. Masing-masing dah jadi suami dan isteri orang. Pandai-pandailah jaga maruah pasangan.

JAMUAN MAKAN, POTLUCK & PICNIC

Antara sebab aku kurang berkenan dengan majlis keramaian (selalu dinner), sebab pergaulan ini lah. Masa inilah ada peluang untuk bergelak ketawa dan bergurau sehabis-habisnya sebab majlis-majlis ini memang dikhaskan untuk bersosial.

Aku bukannya menentang atau ‘anti’ dengan majlis sebegini. Tak jadi masalah pun, malah memang ada tuntutan untuk rapatkan hubungan dan bonding lebih rapat, ataupun ice-breaking supaya tak kekok buat kerja. Yang jadi masalahnya, macam aku cakap tadi la. Tiba-tiba ada yang jadi miang. Baik lelaki mahupun perempuan. Waktu ni kan masing-masing pakai baju cantik-cantik. Jangan nak tipu la kalau mata tak melilau tengok sana sini.

WHATSAPP GROUP

Tanda Perzinaan Bermula Ditempat Kerja,Awasilah Suami Isteri Sebelum Terlambat

Ha! Benda yang paling biasa di abad ini. Syarikat ada whatsapp group sendiri. Department ada group sendiri. Dalam department, ada whatsapp group untuk team pulak. Kemudian ada group untuk projek-projek yang kita terlibat pulak. Yang belum kerja, nanti korang kerja tau la. 5-6 group itu benda biasa. Malah mungkin lebih dari tu.

Ok itu pasal kerja. Ni aku nak cerita pasal ‘bergurau’ dalam whatsapp group. Tak habis di tempat kerja, dalam whatsapp pun nak bergurau. Share gambar itu, share gambar ini. Share gambar selfie lelaki dan perempuan. Aku punya style, bila dapat gambar yang aku rasa tak patut ada, aku terus delete je. Bayangkan, tak pasal-pasal dalam phone korang ada gambar perempuan (sorang-sorang) tengah selfie buat mulut muncung.

Nampak tak, pergaulan ni tanpa batas melainkan diri sendiri yang mengawalnya. Ada beberapa kawan (perempuan) yang aku kenal, malam-malam dia tak layan whatsapp sebab dia pernah kata yang suaminya tak bagi. Itu satu langkah yang sangat wajar. Layan suami jauh lagi baik dari whatsapp kemudian senyum sorang-sorang.

MATA SEORANG LELAKI

Pernah dengan lagu Jinbara, Patri : “Andai diri ini insani, pasti ada kemahuannya…”

Kepada para wanita sana, jagalah penampilan dan pergaulan. Lelaki pun! Lelaki ni ada segelintir yang memang suka tengok “barang” perempuan. Yang ini mungkin ada lucah, tapi aku bagitau terus terang. Ada yang tengok buah dada, punggung, badan chubby dan sebagainya. Baik perempuan itu bujang, atau pun isteri orang. Ini berlaku ya, bukan buat-buat cerita. Perempuan patut ada rasa untuk lebih secure, dan lelaki kena jaga pandang dan jangan layan nafsu sangat.

Nafsu ini memang takkan puas. Walaupun orang tu dah kahwin beranak-pinak sekali pun. Sama-samalah jinakkan hawa nafsu yang sentiasa memberontak ni. Ada ganjaran untuk setiap itu.

ISLAM ADA GARIS PANDUAN YANG TEGAS TENTANG PERGAULAN

Benda ni tak semua orang akan senang. Lagi-lagi yang acah-acah berfikiran maju, open-minded. Aku nak highlightkan istilah ‘tegas’ kat sini. Memang islam ada peraturan tentang pergaulan yang sangat tegas. Ini semua bersumber dari Quran dan hadis nabi SAW. Sebagai muslim, kita kena lah berserah bulat-bulat dengan apa yang dah ditetapkan. Sama-samalah kita belajar dan amalkan.Tanda Perzinaan Bermula Ditempat Kerja,Awasilah Suami Isteri Sebelum Terlambat

KESIMPULAN

Jagalah maruah anda sebagai suami dan isteri jika sudah berkahwin. Yang belum berkahwin, apatah lagi. Yang dah kahwin ni, balik boleh bersama dengan pasangan. Yang belum, cuba usaha dan jangan putus harapan dengan rahmat Allah.

Ingat ya, banyak juga kes-kes curang di tempat kerja malah ada juga yang sampai berzina. Moga kita sentiasa dalam peliharaan Allah.

Jika Anda Sukakan Artikel ini, Sila Kongsikan untuk Manfaat bersama

Video Dato Aliff Syukri Merakamkan Lagu Nasyid bersama Hafiz Hamidun

Dato Aliff Syukri yang kini terpalit dengan kritikan apabila single nya yang bertajuk Bobo Dimana kurang diterima ramai. Namun, Dato Aliff Syukri akan mengeluarkan lagu nasyid seperti yang diperkatakannya. Adakah sambutan yang sama terhadap lagu nasyid? Haaa nanti kan kemunculan lagu nasyid Dato Aliff Syukri ya.

Nama kucing baru saya mira.. apa nama kucing awak? org yg selalu mengaibkan org lain dan menfitnah dosa dia besar.. Apa kata korang?

Mcm mana sedap tak?? doakan yg baik2, rabu ni reles di youtube sy beserta muzik vedio, komposer dan guru vokal @hafizhamidun harap berikan suport bukan mengecam sy berusaha bawa lagu ni dgn baik, tag kawan korang yg suka nasyid.

Apa pendapat korang mengenai lagu ini? Best tak? Sila komen yang baik baik sahaja ya dan jangan lupa juga like n share page Ariana Rose.

sedap nye suara dato😍😍…klo cami la doto buat album nasyid pasti ramai suke…saya akan jadi peminat no 1 dato dlm bidang nasyid ni, semoga dato berjaya, aminn

Best la lagu ni dan suara datuk sesuai sgt.. Alhamdulillah,klau keluar album saya mesti beli. Tenang lagu ni. Sedap sangat suara dato aliffsyukriterlajaklaris.

Sumber : IG aliffsukriterlajaklaris

Suami Yang Sakitkan Hati Isteri, Allah Akan Tarik Berkat dalam Hidupnya

Isteri adalah amanah Allah kepada suami, begitu juga sebaliknya. Apabila disebut sebagai amanah bermakna ia bakal ditanya dan disoal di akhirat kelak. Mengikut Imam al-Ghazali perkara yang paling berat untuk dilaksanakan adalah amanah.

Sakitkan hati isteri boleh berlaku atas banyak sebab, tetapi ramai suami yang berpura-pura buat tak nampak dan tak kisah sebab tak nak panjangkan cerita. Tetapi yang mana masih mencari sebab kena rezeki kurang lebat, tolonglah baca perkongsian Ebit Lew ini…

Isteri kunci Kejayaan Suami

Malam tadi jumpa dengan kontraktor yang jujur dan rajin. Terkesan dan kagum bila jumpa dalam masa 3 tahun ni. Rezekinya melimpah ruah berkat kerja keras dan kejujuran. Jujur dalam kerja dan jujur dalam keluarga..Jaga isteri, ibubapa dan jujur…itulah kuncinya dalam pekerjaan.

Ya Allah….kaulah segalanya.. Subhanallah, lawa rumah. Cantiknya..yerlah kontraktor..buat sendiri jer.. Dia ucap terima kaseh pada saya. Kerana baru dia siapkan 3 projek besar. Berjuta nilainya..

Dia ucap terima kasih pada saya kerana ramai kawan-kawan fb ustaz beri projek padanya. Jawab saya, itu semua dari Allah selagi kita jujur dan beri yang terbaik kerana Allah. Semuanya cuma bermakna bila kita buat kerana Allah.. saya takkan cerita pada orang jika kerjanya teruk, tak jujur dan berkualiti. Yang gerakkan hati untuk menulis pun Allah.

Selalu Ingat Pada Isteri

Bila berbual dia tak lekang menyebut isterinya. Katanya sehingga hari ini dia lepas solat tak pernah tinggal doakan ibubapa, ibubapa mertua dan isteri. Ramai orang hidup jadi kelam kabut. Bila tanya rupanya tak sempat berdoa. Solat pun tak..bagaimana harapkan rezeki jika tak sujud pada pemberi rezeki.

Seterusnya katanya saya mendapat doa isteri. Isterinya yang sentiasa mendoakannya. Saya tahu rezeki saya kerana Allah sayang isteri saya. Rezeki anak-anak. Saya jaga hatinya. Saya jujur padanya.

Saya tahu dia memang begitu. Dia selalu khidmat mak ayah mertua ke sana sini. Katanya pada saya, betul kata ustaz..siapa sakitkan hati isteri memang Allah jadikan hidupnya tak berkat. Tak berjaya. Kerana wanita yakni isteri siang malam uruskan keluarga..mereka amanah dan anugerah Allah.

Isteriku Bidadari

Saya pun panggil isteri saya. Isteriku Bidadari. Saya baca buku isteriku Bidadari tu dari kulit sampai kulit. Saya dah ulang 5 kali ustaz..benar-benar menusuk kalbu. Saya cuba amalkan setiap bab. Saya beli dan hadiah pada kawan-kawan kontraktor yang lain. Saya kata baca buku ini rezeki bukan tentang pandai cari duit. Tapi jadi hamba Allah yang baik dan sayangi keluarga..jujur pada isteri. Jujur pada orang kita sayang.

Ramai orang ingat, duit cuma bekerja siang malam. Ramai orang ingat rezeki bila pandai, cantik, glamour. Ramai orang terlupa ada orang memiliki semua tapi dicabut bahagia dalam hidupnya. Dia tak tahu erti syukur. Ada isteri tak hargai. Ada anak tak dipandang. Ada ibubapa tidak dihormati..

Hakikatnya semua dari Allah. Allah beri bila kita buat baik pada isteri buat baik pada mak ayah dan semua. Bagaimana kita melayani yang dibumi. Begitulah kita dikasihi dan disayangi Allah

 

Ketika Masih Bernafas Dia Abaikan Ibunya, Akhirnya Dia Mencari Kubur Ibunya

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Keberadaan kita hari ini merupakan satu rahmat yang dibawa dua orang insan mulia ini berjuang bersabung nyawa untuk melahirkan satu nyawa.Sebagai anak seharusnya kita perlu bersyukur, disayangi dan disanjung tanpa peroleh sebarang balasan pun. Mereka membesarkan dengan seikhlas hati, penuh rasa susah payah dan sanggup bergadai nyawa hanya untuk memastikan keperluan sebagai anak dijaga.Lihatlah garis-garis halus raut wajah ayah ibu yang semakin dimamah usia. Kami kongsi kisah benar ini untuk dijadikan sebagai pengajaran buat kita yang masih mempunyai orang tua namun mensia-siakan mereka diakhir usianya. Kuasa Allah itu besar, mari ikuti perkongsian ini.

ALLAH BAYAR SECARA TUNAI

Kisah ini kisah benar yang berlaku pada diri saya sendiri..Satu hari saya pergi ke sebuah Rumah Orang Tua-Tua. Saya dapat bantuan sejumlah wang daripada seorang sahabat meminta saya beli dan sampaikan barangan keperluan tersebut kepada orang miskin.Jadi saya pun belilah kain pelekat, kain batik, beli roti dan macam-macamlah saya beli, saya pun pergilah Rumah Orang Tua-Tua, tak payah sebutlah di mana.Sampai saja kereta saya di perkarangan Rumah Orang Tua-Tua, tiba-tiba ada seorang perempuan tua berlari dari asrama orang tua-tua tu mai dekat saya.

“Yea..yea.. Anak aku datang, anak aku datang, seronoknya anak aku datang..”Saya tak kenai dia siapa, dia mai peluk saya, dia cium saya.Orang tua tu kata..“Nak.. Kenapa tinggal mak kat sini nak, mak nak balikkkkkk.. Mak rindu dekat rumah..”Saya waktu tu.. Ya Allah.. Saya kata..

“Makcik..”

Saya pegang saya tengok muka dia, dia kata..

“Sampai hati hang tak mengaku aku ni mak hang..”

Saya boleh bayang perasan waktu tu dia rindu sangat pada anak dia, saya berlakon depan dia, saya kata..

“Mak.. Maafkan saya mak ye..”

Saya pegang tangan dia saya bawa pi duduk atas kerusi, saya ambik roti saya suap ke mulut dia.

Cuba bayangkan hati ibu yang rindu kepada anak ini bila kita ambik roti kita suap kat mulut dia, apa perasaan dia? Apa perasan kita?.Semasa saya menyuap roti, air mata dia meleleh-leleh, dia pegang tangan saya, Subhana Allah. Saya dapat rasa bagaimana perasaan rindunya kepada anak dia.Bila saya nak balik dia pegang kaki saya dia kata..

“Nak.. Jangan tinggai mak nak, mak nak balik, mak nak balik..”

Akhirnya saya minta kebenaran dengan pihak pengawasan di situ. Check-check tengok rupanya dia ada anak 5 orang. Anak dia yang sulung bergelar Tan Sri, orang memang kaya, orang ada nama, hebat orangnya.Saya waktu tu nak balik, dia pegang baju saya dan dia kata nak ikut saya balik, saya kata takpa lah, jomlah jomlah.. Saya isi borang apa patut semua.. Ringkaskan cerita, saya minta pelepasan untuk bawa balik selama 5 hari saja.Bila balik rumah saya, Sembayang Subuh saya jadi Imam dia sembahyang di belakang, saya baca doa, saya tengok air mata dia jatuh. Lepas tu saya pi salam dia, saya cium tangan dia dan saya kata..

“Mak.. Maafkan saya mak yeee..”

Waktu tu saya tak dak mak dah, tapi saya bayang ini ibu saya, sebab dia rindukan pada anak-anak dia.Duduk hari ketiga di rumah saya, waktu Sembayang Isyak, selesai doa saya nak pi salam dengan dia, tetiba dia lapik tangan dia dengan kain tudung, baru dia salam.

Saya kata..

“Mak.. Kenapa mak lapik tangan, dua hari dah mak salam, mak tak lapik tangan dengan saya. Kenapa hari ni mak lapik tangan?”

Dia kata..

“Ustaz.. Kau bukan anak saya ustaz ye..”

SubhanAllah. Tiba-tiba dia sebut nama saya *”Ustaz”*. Saya kata..

“Kenapa mak panggil saya ustaz? Saya anak mak..”

Dia kata..

“Bukan.. Kalau anak saya dia tak akan buat macam tu, kalau anak saya dia tak akan jadi imam saya, kalau anak saya dia tak akan suap saya makan..”

Bayangkan sahabat-sahabat perasaan seorang ibu ini, tiba-tiba saja dia menangis, saya pun pegang dia, saya peluk dia, saya pun menangis, saya kata..“Mak.. Walaupun mak bukan mak saya tapi saya sayangkan mak sebagai ibu saya sendiri..”Saya pegang tangan ibu ini.. Walaupun dia bukan mak saya tapi saya tahu *hati dia rindu sangat dekat anak dia*, waktu tu saya pandang wajahnya, saya kata..

“Mak.. Walaupun ibu sebenar saya telah meninggal dunia, tapi mak boleh ganti tempat ibu saya, mak duduklah di sini..”Waktu nak makan saya suapkan nasi ke mulut dia, dia muntahkan balik makan dari mulut dia, saya tanya..

“Kenapa mak?”

Tiba-tiba saya tengok air muka dia pucat, saya angkat dia, panggil ambulan hantar dia ke hospital.Waktu dia di hospital, saya ambik kepala dia saya ribakan mak ini, dia pegang tangan saya dia kata..“Ustaz.. Kalau saya mati, tolong jangan bagi tahu sorang pun anak saya, kalau anak saya tahu saya mati, jangan bagi tahu di mana kubur saya, kalau dia tahu di mana kubur saya jangan izinkan dia pegang batu nisan..”

Saya pegang dia saya kata..

“Mak.. Jangan cakap mcm tu mak..”Isteri saya menangis di sebelah, anak saya menangis di sebelah pegang dia. Kami pegang dia..“Mak.. Jangan cakap mcm tu mak, jangan mak..”Dia geleng kepala rupa-rupanya itulah saat penghujung hayat dia, akhirnya dia pun meninggal di atas ribaan saya di hospital.Dia meninggal dalam pelukan saya, saya doakan Makcik Hajjah khalijah ini rohnya mudah-mudahan bersama Salafusoleh

Sahabat-sahabatku, sesiapa yang masih ada mak tolonglah taat pada mak, jangan derhaka pada mak kita, jangan tinggal dia di Rumah Orang Tua, mak kita sakit kita jaga dia, picit kepala mak kita..

Sahabat-sahabat cuba tanya mak kita..

“Seksa dak mak mengandungkan saya dulu? Seksa dak mak melahirkan saya dulu?”Tanya mak kita sahabat-sahabat sekalian.. Kalau kita tanya sudah tentu air mata mak kita akan jatuh, sebab tu sahabat-sahabat suapkanlah makanan pada mak kita..Sahabat-sahabat semua.. Selepas daripada kematian makcik ini, sampailah berita kepada anaknya yang sulong, anak dia terus telefon saya..

Apa anaknya kata pada saya..

“I akan bawa you ke makhamah, I akan saman you sebab you bawa keluar mak I dari Rumah Orang Tua-Tua”

3 tahun dia letak mak dia di Rumah Orang Tua-Tua, dia tak pergi tengok, sebab tu mak dia rindu tak boleh beza saya dan anaknya.Akhirnya saya tunggu, tunggu punya tunggu tidak ada saman hampir setahun lebih. Saya pergi ceramah di Masjid di Gombak, selesai saya ceramah datang seorang lelaki peluk saya.Menangis dalam masjid, orang dalam masjid hairan, sebab apa ni, saya tanya pada dia..

“Pasai pa ni? Ada masalah apa ni..?”

Dia berkata dalam keadaan menangis..

“Ustaz.. Tolong bagi tahu di mana kubur mak saya ustaz? Tolong bagi tahu di mana kubur mak saya?”

Saya kata..

“Kenapa hari ni baru tanya kubur mak kamu?”

Dia kata..

“Tolonglah ustaz.. Saya nak jumpa mak saya ustaz, sayalah orang yang bergelar Tan Sri yang nak saman ustaz hari tu.. Saya sekarang ni papa kedana ustaz, isteri saya mati kemalangan, rumah banglo saya bank dah tarik, kereta mewah saya semua bank dah tarik, tinggal satu ja, kereta kancil..”

Saya berkata..

“Saya boleh tunjuk kubur mak kamu, tapi dengan satu syarat, kamu jangan pegang batu nisan mak kamu..”

Sampai saja di tanah perkuburan, tak sempat saya nak turun, dia turun dulu, saya tengok depan mata saya sendiri dia jatuh tersungkur tangan dia menjadi hitam, mulut dia tarik sebelah yang tadi pada awalnya, tangan dan mulutnya elok sambil memanggil-manggil..

“Ibu.. Ibuuu… Ibuuuu..”

Tiba-tiba saya angkat dia tak jauh dari kubur ibunya belum sampai lagi ke kubur ibunya, dia dah hembuskan nafas terakhir berhampiran kubur ibunya..

Allahuakbarrrrrrrrrrrrr…

Mengucap panjang saya.. Allah SWT tunjuk di atas dunia lagi balasan anak yang derhaka pada ibu dan ayah.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran di luar sana, ambillah iktibar dari kisah di atas.
Jika Anda Sukakan Artikel ini, Sila Kongsikan untuk Manfaat bersama

Tindakan Wanita Ini Membiarkan Ulat Bulu Merayap di Mukanya Buat Netizen Kecoh

Secara asasnya ulat bulu atau Beluncas ialah bentuk larva dari ahli dalam order Lepidoptera order serangga yang mengandungi rama-rama dan kupu-kupu.

Bila kita menyentuh, tersentuh sengaja atau tidak sengaja ulat bulu melekat di tubuh kita, maka kita akan merasakan gatal-gatal pada bahagian yang terkena ulat bulu tersebut dan itu keunikan yang nyata bagi ulat bulu.

Berbeza dengan wanita di dalam video di bawah, dia bukan sahaja menyentuh ulat ulu tersebut malah meletakkan makhluk tersebut di atas mukanya dan membiarkan ulat bulu tersebut merayap di kawasan mukanya.

Wanita tersebut juga tidak menunjukkan tanda-tanda kegatalan dan jijik terhadap haiwan tersebut.

Komen Netizen :

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber : lawaksahaja

Dia Cakap Dia Shooting!! Comel Je Fazura Menangis Dapat Jumpa Fattah

Sebut sahaja namanya pasti ramai yang mengenali wanita yang cantik bak bidadari, Fazura isteri kepada pelakon hebat dan penyanyi, Fattah Amin.

Apa tidaknya kalau boleh setiap hari ada sahaja video sweet moment mereka sebagai suami isteri.

Sampaikan ada yang jadikan Fazura dan suami sebagai idola dalam hidup berumahtangga. Boleh bersemut kalau tengok video-video sweet mereka berdua ni tau.

Terbaru, satu video melalui instastory telah dimuat naik menunjukkan Fazura menangis kegembiraan berjumpa Fattah setelah pulang dar luar negara. Rindu hubsbaby la tu kan.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! LM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumat

Sumber:Instagram fatt.faz via berita steady

Gara-Gara Hantu Kak Limah, Iklan Air Joy 1983 Kembali Popular !!

Jika anda sudah menonton filem Hantu Kak Limah, pasti masih ingat lagi dengan lakonan Ropie yang menyanyikan sepotong lagu di dalam filem berkenaan.

Sebelum ini juga Ropie pernah menyanyikan lagu yang sama ketika di pentas Gegar Lawak awal tahun ini. Pasti ramai yang tertanya-tanya lagu apakah yang dinyanyikan oleh Ropie.

Sebenarnya lagu tersebut merupakan sebuah lagu iklan jus kotak yang pernah popular pada tahun 1983. Iklan air minuman Joy yang dimuat naik du YouTube sejak enam tahun lalu kini mendapat 117,000 tontonan.

Hantu Kak Limah telah mencatatkan kejayaan luar biasa dengan kutipan melebihi RM13 juta sejak ditayangkan Khamis minggu lalu.

Hantu Kak Limah menampilkan barisan pelakon popular antaranya Datuk Awie, Delimawati, TJ Isa, Sharwani, Zul Ariffin, Ropie Cecupak, Uqasha Senrose, Mus May, Erra Fazira, Jue Aziz, Sabri Yunus, Pekin Ibrahim dan Datuk Seri Vida.

VIDEO :

Rata-rata netizen kembali mencari iklan tersebut gara-gara lakonan Ropie menerusi filem Hantu Kak Limah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: rotikaya

Saya Yakin Taja Gegar Vaganza 5 Sebab Saya Ada Duit, Saya Mampu !!

Gegar Vaganza kelima akan menyaksikan 12 lagi artis akan bersaing bagi merebut kejuaraan musim ini.

Untuk kali ini gegar vaganza 5 bukan sahaja menampilkan penyanyi solo malah ia juga merangkumi penyanyi duet dan berkumpulan.

Elite dan forteen antara kumpulan yang bakal bersaing dalam gegar vaganza kali ini dan tidak lupa juga penampilan dari Hetty Sharleni serta Zamani.

Seperti tahun tahun sebelumnya gegar vaganza ditaja oleh usahawan usahawan ternama tanah air dan kali ini Dato Aliff Syukri mengambil kesempatan untuk menaja pertandingan tersebut.

Dato Aliff Syukri yang kini sedang popular dengan duet bersama Lucinta maya dan Sajat dengan lagu Bobo dimana yakin bahawa beliau berkemampuan untuk membuat penajaan kerana mempunyai status kewangan yang amat memberasangkan dan stabil.

Sebagai salah satu langkah mempromosi produk beliau, beliau amat yakin yang beliau tidak akan mengulangi kesilapan yang telah dibuat oleh penaja yang lalu.

Sedikit latarbelakang perniagaan Dato Aliff Syukri.

Syarikat Aliff Syukri berpindah ke bangunan empat tingkat dengan seramai 35 orang kakitangan serta telah menghasilkan hampir 90 rangkaian produk baru. Malah, produk-produk beliau dihasilkan di kilangnya sendiri iaitu Aliff Herbs Manufacturing Sdn Bhd.

D’Herbs juga telah menjadi satu jenama yang semakin mendapat tempat di hati pengguna samada di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan beroperasinya secara rasmi di Wisma D’Herbs di Kota Damansara.

Beliau berazam untuk menjadikan D’ Herbs Healthy sebagai salah satu jenama kosmetik yang terkenal di Malaysia serta negara-negara jiran dan seluruh dunia. Sila tonton video:

Sumber: http://www.infordunia.pw/viralsanasini/saya-yakin-taja-gegar-vaganza-5-sebab-saya-ada-duit-saya-mampu-aliff-syukri/11194/

Baru Setengah Jalan, Tiba-tiba Pengantin Lelaki Panik dan Terus Berlari Dengan Sepantasnya!

Hari itu Cody dan Kelly Campbell terlihat sangat bahagia dan antusias, karena mereka baru saja menikah secara resmi. Setelah acara pagi hari selesai, mereka pun bersiap-siap untuk merayakan pesta pernikahan di malam hari dengan keluarga dan teman-temannya di sebuah tempat di Santa Margherita, California.

Codi sendiri adalah seorang pemadam kebakaran Los Angeles. Ketika di pesta pernikahannya, ada seorang tamu yang berkata: “Jika ada suatu hari, saya membutuhkan pertolongan seorang pemadam kebakaran, saya berharap kamu membantu saya, atau orang sepertimu yang membantu saya.”

Ketika itu juga, suasana pesta menjadi ramai dan penuh gelak tawa. Pesta masih terus berlangsung, tiba-tiba ibu Codi berteriak: “Tolong, siapa saja tolong dia.”

Semua tamu pun berbalik dan mencari ke arah suara itu, ternyata ada salah satu tamu yang hadir, tersedak makanan. Tamu itu adalah seorang wanita yang berusia 60 tahun, wajahnya menjadi keunguan dan sama sekali tidak bisa mengeluarkan kata-kata.

Wanita itu terus memegangi bagian tenggorokannya dan terlihat kesakitan.

Melihat hal itu, Codi tidak duduk diam, ia yang ketika itu sedang duduk di panggung langsung berlari ke arah wanita itu. Ia pun dengan sigap langsung berusaha membantunya.

Codi melakukan Manuver Heimlich (Pengobatan darurat pertolongan pertama, terdiri dari serangkaian dorongan pada perut di bawah diafragma, digunakan pada seseorang yang tersedak makanan atau benda asing).

Ia melakukannya beruang kali hingga 5-6 kali, hingga akhirnya sepotong steak sapi keluar dari mulut wanita 60 tahun itu.

Ketakutan semua orang yang melihat kejadian itu, perlahan hilang. Insiden yang tidak terduga ini menjadi momen yang selalu diingat dalam pernikahan Codi dan Kelly.

Meski wanita yang tersedak tadi merasa takut, tapi kondisinya setelah itu sudah membaik. Semua orang juga mulai melanjutkan makan mereka, dan Codi kembali ke panggung untuk melanjutkan acara pernikahan.

Setelah acara berakhir, dengan bangga Kelly berkata: “Di hari pernikahan kami dapat menyelamatkan hidup orang lain, benar-benar adalah suatu hal yang spesial.”

Banyak orang tidak dapat melupakan insiden yang terjadi ketika pernikahan Codi dan Kelly berlangsung, tapi pertolongan heroik yang dilakukan Codi ini menjadikan hari pernikahan mereka semakin berkesan.

Yuk share artikel ini biar semakin banyak orang yang tahu dan bisa berhati-hati, atau bahkan bisa mempelajari Manuver Heimlich!

Sumber: Buzzhand

5 Sebab Jangan Duduk Serumah Dengan Mentua Atau Mak Ayah Lepas Berkahwin

“Faris, nanti lepas kahwin kau ajaklah isteri duduk dengan Mak Ayah ni. Rumah ni kan besar, semua barang dah ada. Lagipun nanti sunyi je bila tak ada orang…”

Pilihan untuk tinggal bersama ibu bapa bagi pasangan yang baru kahwin mungkin dilihat sebagai sesuatu yang memudahkan. Dapat jimat bayar rumah sewa, semua barang keperluan pun dah sedia ada. Tak payah susah-susah lagi nak beli dapur masak, perabot, katil, dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, fikirkan sehabis-habisnya sebelum anda bertindak membawa pasangan tinggal serumah dengan ibu bapa atau mentua. Berikut adalah antara cabaran yang perlu anda hadapi, terutamanya bagi yang baru berkahwin.

5 Sebab Jangan Duduk Serumah Dengan Mentua Atau Mak Ayah Lepas Berkahwin

1. Kurang Privasi

Kehidupan anda selepas berkahwin tidak lagi sama seperti kehidupan zaman bujang dahulu. Walaupun ada yang dah bertahun kenal dengan pasangan, tinggal serumah dengan mereka tentunya akan meninggalkan perasaan yang berbeza berbanding semasa bercinta dahulu. Bila dah tinggal serumah, biasanya hal-hal kecil pun boleh menimbulkan persoalan, kemarahan, pergaduhan, atau rasa sakit hati.

Pada awal perkahwinan ini jugalah anda perlu banyak berkomunikasi antara satu sama lain dengan telus dan saling bertolak-ansur. Namun jika ia semua berlaku di rumah sendiri, ia lebih mudah diatasi kerana anda punya ruang dan privasi sendiri untuk menjiwai serta memahami perasaan pasangan dengan lebih mendalam. memikat hati mertua

2. Tak Dapat Belajar Berdikari

Orang kata, selagi kita belum pernah pindah dari rumah mak ayah, bayar sewa rumah, bil, makan minum, dan keperluan sendiri, selagi itulah kita belum benar-benar belajar untuk berdikari. Semua pengalaman dan kesusahakan inilah yang akan mengajar kita erti tanggungjawab serta selok-belok kehidupan yang sukar didapati apabila menumpang di rumah orang.

Setua mana pun usia kita, ibu bapa akan selalu melihat anak mereka sebagai ‘anak kecil’. Mereka akan selalu risaukan kita dan mahu cuba memberi pertolongan kepada kita. Oleh itu, kuranglah peluang untuk anda melihat dan menerokai ‘dunia sebenar’ di luar sana,

3. Isu Aurat

Dalam budaya dan agama kita, isu aurat adalah isu yang tidak wajar dipandang remeh. Apabila tinggal serumah dengan orang lain, si isteri terutamanya, tidak mempunyai kebebasan untuk berpakaian sebebasnya, walaupun bertujuan untuk dilihat oleh suami saja.

Lebih-lebih lagi jika ada ipar yang tinggal bersama, kenalah bertudung sepanjang masa. Nak keluar masuk bilik air pun rasa segan, apatah lagi nak bersantai tengok TV dengan pasangan.

4. Sukar Membuat Keputusan

Rasa serba-salah akan sentiasa membelenggu diri apabila ada keputusan yang perlu dibuat – sama ada nak dahulukan ibu ayah / mentua atau pasangan.

Kadang-kadang, kita pun tak perasan bahawa tindakan kita ada menyakitkan hati mereka atau buat salah seorang daripada mereka rasa tersinggung. Situasi ini tentunya sukar dan akan menjadikan anda mudah stres. Pening kepala, tak tahu nak buat apa!

5. Senang Berlaku Salah Faham

Hanya dengan cara jelingan mata, bahasa tubuh, dan gerak-geri, salah faham boleh berlaku antara ahli di dalam rumah. Sekalipun tiada sebarang maksud atau mesej yang ditujukan, begitulah mudahnya salah faham boleh berlaku.

Walaupun hubungan dengan semua memang baik, namun ia sedikit sebanyak membuatkan pergerakan anda rasa tidak bebas dan sering diperhati.

Tanggungjawab Terhadap Ibu Ayah Tetap Tidak Dilupakan

Pertimbangkan prioriti atau keutamaan anda dalam membuat keputusan untuk bawa pasangan tinggal serumah dengan ibu ayah atau mentua. Bukannya mahu melarikan diri daripada tanggungjawab menjaga ibu ayah, tapi fikirkan semula adakah kita yang menjaga mereka atau sebaliknya?

Cubalah hadapi kesusahan sendiri dan mulakan hidup anda di rumah berasingan walaupun terpaksa mengikat perut dan berjimat cermat.

Apapun, sekiranya keadaan betul-betul memerlukan anda untuk tinggal bersama kedua ibu bapa mahupun mentua, fahamkan cabaran yang bakal dihadapi dan buat persediaan mental. Ia bukanlah sesuatu yang mustahil sebab ada juga pasangan yang bahagia apabila tinggal serumah dengan ibu bapa atau mertua.

Yang penting, sentiasalah berkomunikasi dengan sihat sesama ahli dalam keluarga dan bersedialah untuk bertolak-ansur sesama anda. Mudah-mudahan, semuanya elok-elok saja.