‘Sumbang, Drama Kampung Ketinggalan Zaman’ – Nyanyian Wany Hasrita Kena Kutuk !! “Teruk Sangat Ke”

Mula dikenali menerusi aplikasi Smule, populariti penyanyi Wany Hasrita semakin meningkat naik disebabkan suara lunak yang dimilikinya. Malah single pertama, Menahan Rindu juga berjaya mendapat tempat di hati peminat.

Namun sayangnya, persembahan Wany di pentas AJL malam tadi didakwa tidak seperti yang dijangka. Di Youtube, netizen mengkritik nyanyian Wany yang didakwa sumbang, malah gimik ‘drama’ pembuka persembahan juga tidak sesuai dan ketinggalan zaman.

Terlalu gementar?

Selama satu minit sebelum persembahan nyanyian, Wany Hasrita dan seorang pelakon lelaki membuat ‘gimik’ dengan drama sedih bersesuaian dengan kisah lagu tersebut. Namun, peminat nampaknya tidak berpuas hati dan berpendapat lakonan tersebut telah mengganggu fokus. Dakwa mereka lagi, mungkin kerana gementar Wany kedengaran biasa sahaja.

Kesilapan terbesar, lakonan di awal persembahan

Penyanyi level karaoke?

Namun, di Instagram peminat memberikan semangat kepada Wany supaya mengabaikan komen negatif yang dilemparkan netizen. Mungkin kali pertama berada di pentas besar Wany melakukan sedikit kesilapan. Apa-apa pun pada masa akan datang Wany akan buat yang terbaik