PERUBAHAN VAGINA DARI USIA 30-AN HINGGA 60-AN YANG SEMUA WANITA KENA TAHU!

Perubahan Vagina Dari Usia 30-an hingga 60-an Yang Semua Wanita Kena Tahu!

 Seperti anggota tubuh lain, Vagina juga akan menjalani proses penuaan. Namun ramai tidak menyedari hal ini kerana masing-masing taksub menjaga kesejahteraan fizikal yang lebih jelas dilihat dengan mata kasar berbanding bahagian sulit tersebut.

Seperti yang semua tahu, proses kelahiran normal biasanya akan memberi impak besar terhadap perubahan vagina seperti kemunculan saluran darah yang nyata sehingga timbul di permukaan kulit atau perubahan warna vulva yang semakin gelap.

Gambar hiasan -Getty Images

Walau bagaimanapun, keadaan itu bersifat sementara dan akan beransur pulih menjadi normal kembali selepas bersalin. Ini kerana, bahagian intim bersifat elastik malah darah mudah mengalir ke kawasan tersebut.

Bagi memberi penerangan lebih terperinci, jom ketahui perubahan yang bakal berlaku pada ‘mahkota wanita’ anda seawal umur 30-an hingga 60-an.

Bila umur menjangkau 30-an…

Rata-rata wanita akan mengamalkan pil perancang untuk mengawal kehamilan.

Gambar hiasan -Shutterstock

Kekeringan Vagina

Tindak-balas daripada medikasi tersebut kemudiannya akan jadikan keadaan vagina kering (mungkin kerana pemberhentian ovulasi telah mengurangkan penghasilkan cecair vagina). Biarpun begitu, jelas Stephanie S. Faubion, keadaan itu tetap bergantung pada individu. Setiap orang mempunyai tindak balas berlainan terhadap pil perancang yang dikaitkan dengan kekeringan vagina.

 Rajah perbezaan ketika hamil pembuluh darah akan membengkak dan timbul di permukaan kulit (kiri) dan ketika menopaus, rambut halus pada bahagian sulit akan berkurang. Sumber -Pinterest

Pembuluh Darah Bengkak

Ketika hamil, ada sesetengah wanita akan perasan timbulnya garisan-garisan pembuluh darah pada bahagian intim mereka yang dipengaruhi faktor berat badan semakin bertambah disebabkan kandungan semakin membesar. Bagaimana pun, hal itu akan kembali pulih sebaik selepas melahirkan. Hormon hamil juga akan menyebabkan warna vagina berubah kehitaman atau mungkin lebih gelap dari sebelumnya. Jadi jangan terkejut pula nanti jika keadaan ini berlaku.

Otot Pelvik Mengendur

Juga disebabkan kehamilan, sebaik selepas melahirkan, lakukan senaman untuk mengetatkan balik bahagian sendi pelvik atau dalam cara lainnya anda boleh berurut mahupun lakukan proses bertangas.

Bila umur menjangkau 40-an…

 Kemunculan Pigmentasi

Hati-hati jika anda gemar sangat mencukur habis bulu pada vagina atau sering mendapatkan servis waxing di spa-spa. Kulit vagina pada tahap umur ini semakin sensitif dan ia akan menjadi hitam jika sering dicukur.

Rambut Halus Di Bahagian Sulit Semakin Menipis

Anda juga akan mendapati bahawa rerambut halus yang berfungsi untuk melindungi bahagian tersebut dari sebarang jangkitan dan kuman semakin menipis disebabkan umur yang semakin meningkat di mana, hormon estrogen telah lemah dari masa ke masa.

Kurang Anjal

Tahap awal menopaus sudah boleh dilihat, selain kekeringan vagina, keanjalannya juga semakin mengurang di mana anda akan perasan ia semakin mengendur dan mengecut.

Bila umur menjangkau 50-an…

Lazimnya wanita akan menopaus pada umur seawal 50-an.

 Seks Menjadi Sakit

Ketika ini, keadaan vagina (luar dan dalam) akan berubah dengan ketara manakala proses melakukan seks juga akan bertukar dari seronok menjadi sakit. Bahagian vulva akan kering lalu menyebabkan hubungan intim dengan pasangan terasa seperti “geselan kertas pasir”.

Vagina Longgar & Terlalu Kering

Semakin tua, wanita akan kehilangan banyak lemak otot anjal dan kolagen yang sebenarnya turut disokong oleh fungsi hormon estrogen. Semakin penghasilan estrigen berkurang, semakin longgar dan lemah fungsi vagina itu. Oleh itu, adalah mustahak untuk smeua wanita menjaga kesejahteraan diri, luar dan dalam agar masalah sebegini bisa diatasi sedari awal.

 PH Berubah Jadikan Vagina Rumah Pembiakan Bakteria

Bila kehilangan estrogen menjadi penyebab vagina menghadapi perubahan PH (Potential of Hydrogen), tahap keasidan akan meningkat membuatkan ia mudah terkena jangkitan bakteria seperti kulat dan sebagainya.

Bila umur menjangkau 60-an…

Cepat Berpeluh!

Suhu badan akan menjadi panas membuatkan diri kerap berpeluh lebih-kebih lagi ketika sedang tidur malam. Keadaan vagina juga menjadi sedikit serius berbanding sebelumnya.

Kata pakar, 50 hingga 60 peratus wanita berusia 60 tahun ke atas mengaku vagina mereka sangat kering!

 Otot Pelvik Sempit

“Apabila hubungan intim menjadi sakit selepas seseorang melepasi tempoh menopaus otot pelvik juga kelihatannya semakin sempit demi melindungi seseorang daripada terasa sakit saat melakukan hubungan kelamin yang menyakitkan disebabkan kekeringan vagina itu tadi,” jelas pakar. Keadaan ini sekaligus tidak akan memberi nikmat bahkan menyebabkan sesetengah orang tidak selesa malah turut kehilangan keyakinan diri.

Bersenam Atasi Masalah Kelonggaran Secara Semula Jadi

 Nasihat pakar lagi, “Jika seseorang mempunyai masalah kelonggaran, disarankan supaya seseorang itu menjaga diet serta merajinkan diri melakukan senaman untuk mengetatkan kembali otot dan sendi pada bahagian pinggul dan vagina termasuklah senaman Yoga,Pilates, Squat dan Kegel. Cara mudah lain hanyalah dengan melalui pembedahan bagi memperbaiki struktur otot yang telah hilang keanjalan.

Jadi lepas ni, kalau ada apa-apa perubahan pada Vagina… jangan pula ada yang terkejut. Kerana ia akan berubah secara berperingkat mengikut umur.

Semoga bermanfaat!

Sumber:Wanista

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *