Benarkah Jantina Kak KM Sama Macam Sajat? Anak Pula Dikatakan Anak Angkat?

Siapa tidak mengenali anak perempuan Normah Damanhuri yang lebih terkenal dengan panggilan Kak KM. Meskipun tidak memiliki sebarang bakat untuk dibanggakan, namun, ‘gelekan maut’ dan gaya lucah beliau sering menjadi perhatian netizen di Instagram.

Kak KM melenting apabila ditegur

Baru-baru ini, jadi kecoh apabila tercetus perang mulut di antara Kak KM selepas beliau ditegur oleh PU Amin gara-gara sering memuat naik video aksi lucah untuk tujuan promosi produk yang dijualnya.

Menurut PU Amin, tindakan Kak KM melalukan aksi-aksi kurang sopan dengan niat untuk mempromosikan perniagaannya itu dapat menjadikan perniagaanya haram meskipun produk yang dijualnya tidak mengandungi bahan terlarang di dalam agama Islam.

Dia ni bapok

Berikutan itu, pengikutnya telah membanjiri ruangan komen. Ada di antara mereka mengatakan kak KM adalah pondan seperti Sajat. Malah terdapat juga segelintir netizen yang mengatakan kesemua anaknya itu adalah anak angkatnya.

Ramai konpius

Sebelum ini terdapat desas-desus yang mengatakan Kak KM ini merupakan seorang janda kerana tidak pernah memperkenalkan suaminya kepada orang ramai.

Walau bagaimana pun, perkara ini disangkal oleh beliau sendiri dengan mengatakan yang beliau masih bergelar seorang isteri tetapi enggan mendedahkan suaminya pada orang ramai.

Sumber : km_lianarosli