Air Kelapa Muda Limau Bermadu Petua Untuk Batuk Berkahak !!

Petua Air Kelapa Muda Limau Bermadu Untuk Batuk Berkahak. Bagi sesiapa yang mempunyai masalah batuk berkahak yang agak merimaskan dan mengganggu rutin harian mereka boleh cuba petua di bawah ini.

Rawat batuk mujarab.Air Kelapa Muda Limau Bermadu. Ini cara-caranya:

  • Segelas air kelapa muda dan isinya
  • 1/2 biji limau nipis
  • 1 sudu makan madu lebah
  • Dikacau bersama sebati.

Minumlah 3 kali sehari dan ulangi hari berikutnya sehingga batuk reda.
Inilah amalan saya lakukan ketika dilanda batuk yang teruk selepas makan ubat pun tidak berkesan.Ubatan tradisional dan asli hasil dari buah buahan dan madu.