Patutlah Dia Berkepit Malam-Malam Rupanya Janda Itu Ajar Tentang Ular !!

Assalamualaikum admin dan warga pembaca setia krt. Sy nak tanya beberapa pendapat atau cadangan yang sahih kepada anda semua. Sy dah bertunang tahun lepas pada bulan 8 dan akan mendirikan rumahtangga pada bulan 9 tahun ini inshaallah.

Umur sy 23 tahun dan tunang sy 27 tahun. Nak katakan terlampau kenal dengan perangai dia dah sehabis masak kenal dia. Dia seorang yang baran. Baran pada benda yg remeh. Antara yang paling kuat sekali ialah game. Dia terlampau taksub dengan game coc. Adat laa bila kita main ada kalah ada menang. Asal kalah je siap baling ipad dia lagi. Sampai bent sampai skrin pecah

. Ipad tu sy belikan hadiah untuk dia tahun lepas. Asal kalah baling. Kalau depan mak dia pun tengah main game kalah dia boleh baling. Mak dia tegur pun dia buat tak tahu. Kadang kerja kene ot sikit ke dah maki orang. Orang tu lambat laa apa laa. Sambil mesej dia sambil maki orang tu. Sy yg rasa serba salah sebab baca ayat ayat kesat dia tu. Sy pun pernah cakap kalau nak maki, maki dulu.

Dah habis baru sy reply. Terus diam. Lepas beberapa jam sambung balik. Dia plak ada hobi bela ular. Tu sy tak kisah. Sbb sy pun ada bela. Pernah laa sekali sy kene lempang gn dia sebab dia kantoi keluar gn janda malam malam naik motor pergi jumpa mmbe janda tu nak sembang psl ular.

Dia boleh ikut je janda tu cakap jangan kacau minat dia. Dah bertahun dia bela sy tak pernah kacau sbb sebelum ni berurusan dengan lelaki. Tp kali ni kenal janda konon janda tu ajar mcm mcm psl ular. Habis yg kawan lelaki tak boleh ajar? Sy cari dia sampai kl sebab ikut dia gn janda tu.

dia kantoi sy yg di lempang depan janda tersebut dan sy dipaksa mintak maaf dekat janda tu sbb dia kata sy malukan janda tu depan org ramai.

Sy tak tahu nak cakap apa perasaan sy masa tu. Totally lost. Sampaikan bakal mak mertua sy jumpa janda tu sendiri sound janda tu.
Baru janda tu dah tak mesej or jumpa dia. Masa gaduh tu sy dah mintak putus tp dia berkeras tak nak takutkan mak dia marah dia. Benda tu sy tak boleh lupa apa yg dia dah buat. Ni lagi berapa bulan nak kahwin makin bertambah tambah baran dia. Ajak fitting baju buat hiv test pun kene marah.

Kalau tak fitting baju takkan sy nak ajak admin kot. Sama pulak laa kan size baju pun. Ramai kawan sy suruh slow talk gn dia. Habis slow dah sy dengan dia. Tp tak jalan. Buat istikharah pun tetap mimpi dia. Cuma yg sy perasan bila dia ada buat benda yg sy tak tahu belakang sy, ada je benda yg tak kene jadi kat dia. Tak tahu laa sy ni ada kuasa power ke apa kan. Haha. Lagi berapa bulan nak kahwin ni rasa mcm dah habis keluar dah perangai dia.

Sy buntu. Nak slow talk tak jalan. Nak biarkan dia berminggu minggu pun dia memang cari sy tp dia marah sy balik sbb tak cari dia. Kadang dia yg merajuk mcm perempuan. Sy yg kene jadi keras mcm lelaki utk layan perangai dia. Kene pujuk dia. Apa sy perlu buat? Sy nak jadi seorang yg kuat pun rasa tak boleh. Bila sy rasa lost sangat sy akan pergi kubur mak sy cerita kat dia. Sy cuma ada ayah dan adik je. Tolong bantu