Tak Sangka Akhirnya Bocey Berpecah, Ini Sebenarnya Yang Terjadi

Pelawak dan pelakon Abam mengakui ralat apabila terpaksa berpisah dengan anggota kumpulan Bocey yang lain selepas disingkirkan daripada program Super Spotan Xtravaganza (SSX).

Menurut Abam, walaupun sukar untuk menerima keputusan tersebut namun terpaksa akur dengan pilihan dilakukan oleh anggota kumpulan yang lain.

“Sebenarnya sukar untuk menerima keputusan ini namun saya reda dengan pilihan yang dilakukan oleh anggota yang lain.

“Tak sangka akhirnya Bocey buat pertama kalinya perpisah daripada melakukan persembahan bersama atas satu pentas.

“Sudah semestinya saya merasa ralat namun saya harus terima dengan keputusan yang sudah dilakukan.

“Saya berharap agar semua peserta dapat melakukan yang terbaik di final nanti dan mana tahu salah seorang anggota Bocey dapat bergelar juara,” katanya kepada Gempak.

SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, jam 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).

Bertemakan ‘tukang masak’, SSX membentuk dua kumpulan iaitu Sotong Kangkung yang membawa imej ‘tukang masak jalanan’ dan kumpulan Lobster Leleh mencerminkan imej ‘tukang masak di hotel’.

Buat julung kalinya juga program ini bakal menyaksikan pertukaran sistem pemarkahan iaitu 50 peratus daripada barisan juri dan 50 peratus lagi dari undian penonton.

Setiap kumpulan akan dikritik dan diniali oleh dua jri tetap iaitu Datuk Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta bersama lagi seorang juri jemputan.

SSX turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.