Saksi Kongsi Gambar Kemusnahan Akibat Ribut Di Perlis !!

HUJAN lebat berserta angin kencang dengan kelajuan 37 knot (68.7 kilometer sejam) yang melanda seluruh daerah di Perlis malam tadi mengakibatkan kemusnahan kediaman, pokok tumbang dan kerosakan fizikal premis-premis perniagaan.

Antara lokasi dilaporkan terjejas teruk dalam kejadian itu ialah kawasan sekitar Bintong, Seriab, Abi Tok Hashim dan Kuala Perlis dengan anggaran kerugian mencecah jutaan ringgit.

Seorang pengguna Twitter, Farhan sempat berkongsi gambar-gambar dan video kejadian tersebut di laman sosial miliknya.

Menerusi video yang dikongsi, memaparkan beberapa buah gerai telah runtuh ditiup angin kuat, malah orang ramai yang berteduh di dalamnya dilihat berada di dalam ketakutan.

Sebelum kejadian ribut ini berlaku, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran mengenai ribut petir yang akan melanda kawasan Perlis dan Kedah.

Menurut jurucakap Sekretariat Agensi Pengurusan Bencana Negeri (APBN), sejumlah 92 rumah dan 38 sekolah mengalami kerosakan teruk selain turut menerima 157 laporan kes pokok tumbang di pelbagai kawasan.

Sementara itu di media sosial, netizen mendoakan agar penduduk Perlis dapat bersabar di atas kejadian yang menjejutkan itu.

Mereka turut menaikkan tanda pagar #prayforperlis di laman Twitter yang kini viral sejak malam tadi.

Pesanan Dr Hamid Arshat Mengenai Penyakit Kencing Manis, Makanan Yang Disyorkan & Patut Elak

Ramai rakyat Malaysia menghidap penyakit Diabetis atau lebih dikenali dengan nama kencing manis akibat pengambilan gula yang berlebihan, pemilihan pemakanan yang salah serta tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Menerusi perkongsian oleh Dr Hamid Arshat, beliau menjelaskan mengenai penyakit kencing manis ini, makanan yang perlu dielakkan serta makanan yang disyorkan sebagai langkah mencegah bagi penyakit ini.

Berikut adalah perkongsian beliau. Kedua2 abang saya menghidap penyakit diabetes. Ertinya risiko untuk saya memang wujud atas dasar baka. Alahamdulillah setakat ini saya dapat jauhkan.

1. Lebih kurang 18 % penduduk malaysia mengidap penyakit kencing manis (diabetes). Lebih 10 % lagi dalam kaedaan ‘ prediabetic’ dan bolih jadi pesaki diabetes jika tidak mengabil langkah2 mencegah.

Seseorang disahkan nengidap diabetes bila kandungan gula glukos dalam darah melebihi 8 mmol/L, setelah puasa melebihi 6 jam. Normal ialah antara 4 – 8 mmol/L. Air kencingnya pun didapati mengandungi gula; jesteru digelar penyakit kencing manis.

2. Terdapat 3 jenis diabetes;
a. Type 1 diabetes, juga digelar’ juvenile diabetes’, sering menimpa sebelum umor 20 tahun. Sel2 beta dalam pankreas yang mengeluarkan insulin rosak. Pesakit perlu suntikan insulin.

b. Type 2 diabetes. Biasa menimpa orang dewasa, biasanya umor 40 tahun keatas. Sumber insulin cukup tapi berlaku insulin resistant, metabolisma gula glukos gagal.

c. Diabetes waktu hamil atau gestational diabetes sebab peningkatan hormon2 ketika hamil.
Pesakit2 saya yang hamil ada diabetes, saya stabilkan dengan ubat metformin tanpa guna insulin melainkan dia memang type 1 diabetes.

3. Type 1 diabetes terus begantung kepada insulin. Tiada pilihan main.
Type 2 diabetes dan diabetes waktu hamil boleh dikawal dan biasanya dikaitkan dengan kegemokkan, makan berlebihan karbohaidret dan manisan dan pengidap PCOS.

Jika tidak terkawal, dalam jangka panjang banyak kerosakkan organ2 bolih berlaku : rosak buah pinggang, mata, saraf, jantung, saluran2 darah yang menyebabkan gangrene dan lain2.

4. Langkah2 mengawal dan mencegah diabetes;
a. Ikuti nasihat doktor yang merawat. Jika diarah makan ubat saperti Metformin atau lain, perlu patuh.
Pantau kandungan gula dalam darah, mudah dilakukan dirumah setelah diajar olih kakitangan klinik. Buat beberapa ujian, lepas puasa, lepas makan dan dua jam lepas makan.

b. Kawal pemakanan khususnya gula, karbohaidret dan manisan. Nasi, mee, roti, kueh2, nasi lemak, roti canai, ais krim dan lain2 kesemuanya mengandongi karbohaidret dan gula. Kurangkan amount makan. Makan ikut jadual, sarapan, makan tengah hari dan malam. Lebihkan sayur2, buah2 dan lauk dari perotin.

c. Makanan2 perlu dikurangkan.

  • Jauhkan minuman soda, juz dalam tin, kotak atau botol, kandungan gula terlalu tinggi.
  • Jauhkan makanan yang mengandongi gluten saperti, wheat, wheat germ,
  • barley dan rye. Gluten mencetuskan inflammation dan neningkatkan hormone steroids, tahap gula pun naik.
  • Jauhkan susu lembu tanpa pasteur kerana kandungan A1 casein yang sama tindakan saperti gluten. Tukar kepada susu kambing.
  • Jauhkan Minyak soya, canola dan corn. Minyak kelapa dan sawit lebih baik.
  • Jauhkan produk2 GMO saperti soya dan jagung diimport dari luar negara.
  • Jauhkan semua minuman arak dan beer.

d. Makanan2 yang disyorkan

  • Makanan2 yang mengandongi fiber. Sayur tempatan sawi, kangkong,
  • pucuk2 ubi, keledek dan paku, nenas, oats.
  • Makanan2 mengandongi chromium, broccoli, raw cheese, kacang hijau dan panjang.
  • Makanan2 mengandongi magnesium, bayam, almond, yogart
  • Perotin, ikan2 berminyak, salmon, mackerel, tuna, daging lembu tanpa lemak, ayam organic, dhall.
  • Lemak2 baik, Minyak kelapa
  • Makanan2 rendah gula, nuts, biji2 labu, sunflower, berries, avarcado.
    e. Supplement , gantian gula, herba.

Beberapa jenis makanan tambahan dan herba tempatan yang bertindak menurunkan glukos dalam darah;

1. Kayu Manis (cinnamon) , kajian menunjukkan ia mengurangkan glukos, LDL cholesterol dan triglycerides, disamping neningkatkan HDL cholesterol dalam darah.

2. Peria (bitter gourd). Kajian menunjukkan peria bolih mengawal glukos dalam darah dan meningkatkan insulin sensitivity. Ia juga bolih bantu mencegah komplikasi diabetes saperti rosak buah pinggang, rosak mata, saraf dan salurdarah. Dipasaran terdapat jualan kapsiul dan tablet peria.

3. Alpa Lipoic acid.
Ini satu jenis anti oxidant yang bantu metabolisma glukos, meningkatkan insulin sensitivity, dan mencegah kerosakkan saraf (diabetic neuropathy). Sumber utama broccoli, bayam dan tomato.

4. Fish oil 1000 mg setiap hari.
Ia bantu tingkatkan insulin sensitivity dan kurangkan inflamasi. Bertindak mengawal cholesterol dan meningkatkan HDL. Kesannya bantu kawal diabetes.

5. Gantian gula.
a. Sweetener P3. Berasal dari gula tebu. Diperoses dengan Nano technology. Glycemic index sifar (zero). Bolih didapati dipasar2 supermarket, Mydin etc. Sesuai untuk gantian gula. Satu produk tempatan, usaha bumiputera.

b. Stavia. Sejenis tumbuhan kecil berasal dari amerika selatan. Daunnya sangat manis tetapi sangat rendah nilai glycemic index. Pengganti gula. Dapat kawal glukos dalam darah. Sesuai sebagai gantian gula.

6. Minuman Teh hijau (green tea)
Teh hijau punyai banyak khasiat kesihatan kerana kandungan antioxidant – polyphenols dan catechins. Dianggap satu minuman yang memanjangkan umor kerana memperlahan kematian sel2 dan tisyi2. Ian juga mengawal glukos dan cholesterol dalam darah. Minumlah 5 cawan setiap hari.

7. Herba2 tempatan.
Saya dapati beberapa jenis herba2 tempatan ada berkesan mengawal glukos dan cholesterol dalam darah. Mithalnya daun betawali, ulam raja, hempedu bumi, sambung nyawa, ginseng, pecah kaca dan lain2. Daun2 yang menghijau bolih dimakan sebagai ulam. Atau direbus dengan air panas. Atau dikeringkan dan jadikan air teh.

Exercise, kawal kegemokkan ,rehat dan tidor. Sangat penting lakukan exercise 30-40 minit setiap hari untuk menggunakan glukos sebagai bahan tenaga. Cukupkan tidor 5 – 7 jam stiap hari. Dan beri masa untuk merehatkan tubuh dan mental kita. Semoga diberkati Allah hidup kita. Aamin

Sumber : Dr Hamid Arshat

Arwah Nizen Ayob Pernah Disihir, Keluar Paku Dan Rangka Gigi Dari Badan

Sebelum meninggal dunia pagi ini, bekas pelakon drama bersiri popular Gerak Khas, Nizen Ayob mendakwa dirinya telah disihir oleh pihak yang dikatakannya tidak bertanggungjawab.

Beberapa bulan lalu, Nizen ada memuat naik satu gambar di laman Instagramnya. Gambar itu jelas menunjukkan rangka gigi dan paku yang sudah karat.

Menurutnya, objek tersebut dijumpai di dalam kepalanya.

Peserta program realiti Pilih Kasih 3 ini ada berubat secara tradisional dengan seorang pengamal perubatan dan dia agak terkejut apabila dimaklumkan terdapat rangka gigi dan paku karat dalam kepalanya.

“Pakcik itu mengurut-urut dahi saya dengan tangannya secara perlahan-lahan menggunakan sejenis minyak sehingga terhasil kesan seperti sedang menjalani pembedahan kecil lalu dia mengeluarkan rangka gigi manusia dan paku karat.

“Memang terkejut walaupun terasa sakit semasa dia melakukan ‘pembedahan’ berkenaan terutama apabila dua objek itu mahu dikeluarkan. Malah kesan luka masih kelihatan sehingga hari ini,” katanya.

Dia juga tidak tahu apa puncanya sehinggakan ada pihak yang kurang menyenanginya. Walaupun begitu, dia sedar dia juga hanyalah manusia biasa yang melakukan kesilapan dan mendoakan pengirim ilmu hitam itu bertaubat.

Semoga Allah menempatkan roh Nizen bersama-sama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Sangkakan Member Buat Projek Dalam Bilik, Rupa-Rupanya Ini Yg Terjadi

Aku rasa pengalaman aku patut dikongsikan dengan korang jugak. Aku menyewa rumah bersama beberapa kawan se-universiti. Rumah tu ada 3 bilik. Kami kongsi 6 orang. Aku dengan Ameng guna bilik tepi dapur. Din dengan Wan pakai bilik tepi toilet. Wak dengan Izam pakai master bedroom.

Asalnya Master bedroom tu share 3 orang, tapi lepas idi masuk kolej university, mereka pakai 2 orang jer. Time idi keluar tu dah tengah semester. Memang susahlah nak cari penyewa ganti.

Dalam Rumah tu, Aku sorang jer budak law. Ameng dengan Izam budak Accounting. Din, Wak dengan Wan pulak budak seni. Sekali tu aku yang kena kacau. Memang kecut perut jugaklah.

Time tu dah hujung semester. Final exam dah nak habis. Din, Wak dengan Wan dah balik sebab paper dah habis. Aku ada 2 paper lagi. Ameng dengan Izam ada 1 paper lagi. Hari khamis, Ameng dengan Izam last paper pagi tu. Aku pulak paper petang pukul 2. Izam dah cakap bas dia petang maybe tak sempat jumpa aku.

Ameng pulak cakap nak stay 2, 3 hari lagi sebab malas nak balik awal dan dah janji dengan awek dia. BTW, Ameng tu cina. Aku lupa nak cakap. Kami serumah ni takde lah alim. Semua islam kecuali Ameng tapi semua tak solat. Dan aku tahu Din, Wak, Izam semua budak Weed. So yang alim sikit pon Wan. Dia solat jugak sikit-sikit.

Back to the point, lepas exam aku balik rumah ada Ameng jer. Yang lain dah balik. Sebab frust tak boleh jawab last paper, memang first thing aku buat adalah tidur. Letih jer stay up malam study tapi last last tak boleh jugak jawab. Duh. Bangun tu dalam pukul 8. Ameng tanya aku, “nak keluar ke?”.

Aku dan janji dengan budak kelas aku nak copy movie buat bekal balik kampung. Takdelah aku hauk sendu jer dekat rumah nanti. Ameng cakap dia tak keluar sebab awek dia nak datang rumah. Dia suruh aku balik lambat sebab dia ada “projek” nak settle dengan awek dia.

Kurang asam punya jantan. Kerja menyundal aje. Patutla habis paper tak nak balik rumah. Aku tanya dia nak suruh aku balik pukul berapa? Dia cakap, “balik la lambat sikit. Dalam pukul 10 esok ke…”. Pu****k punya kawan.

Malam tu aku balik jugak rumah tapi lewat lah jugak. Dalam pukul 2 lebih sebab classmate ajak lepak mamak. Kejadah dia aku tido luar si Ameng menyedap dekat rumah. Aku masuk rumah, lampu semua terpasang. Sampai depan bilik aku share dengan Ameng, aku try la bukak.

Tapi pintu tu berkunci. Bilik kami tu ada selak pintu. So memang tak boleh bukak pakai kunci. Aku ketuk pintu tak bersahut. Last last aku call Ameng. Tak sempat angkat call Ameng dah bukak pintu dengan senyum badak dia. Tersengih jer. Dia tanya, “tido bilik aku ke?”.

Punya lah sedap dia cakap tu bilik dia. Aku pon tengok lah dalam bilik. Bau, Mak aih wangi. Tido mandi perfume sebaldi ke ape. Aku pon sound la Ameng, “kau agak-agak la nak projek, bukak la kipas sikit. Panas. Lemas aku bau perfume kau”.

Time tu bunyi perempuan gelak. Mak ai memang aku terkejut beruk. Celaka si Ameng projek tak habis. Time tu aku tak nampak perempuan tu. Sebab antara katil aku dengan Ameng ada 2 loker yang act as a wall between katil aku dengan katil Ameng.

Tuan rumah cakap sebab nak bagi privasi tu yang dia susun perabut macam tu. Aku intai balik locker, nampak kaki jer dalam selimut. Ameng tu sengih jer sambil tolak aku keluar.

Aku ambik tuala terus blah tido bilik Wak. Dalam bilik Wak ada bilik mandi. Aku mandi situ jer. Masa mandi aku rasa tak tenang. Sebab rasa macam ada orang bernafas dekat telinga aku. Terus aku tutup pili air.

Time tu punya lah husnudzon aku fikir tu side effect sebab pernah pecah gegendang telinga. Aku pinjam kain pelikat dengan T-Shirt Izam sebab malu nak ketuk bilik Ameng.

Time tido katil Wak tu aku start bau benda hanyir. Bau dia macam isi perut ikan yang kau lupa nak buang 3-4 hari. Makin lama makin busuk. Aku keluar ke dapur tengok kot-kot ada sampah tak buang. Keluar bilik aku nampak budak kecik duduk mencangkung bawah singki. Muka dia pucat duk selongkar bakul sampah. Bila aku pusing nak lari. Dia pandang aku.

Dia tengah gigit tulang ayam yang aku tak tahu bila ada dalam bakul sampah tu. Time tu memang Ya Allah Aku takut. Aku ambik lari ambik kunci kereta tepi TV, terus blah. Time tu drive dalam keadaan panic. Aku tak tahun nak pergi mana.

Last last aku berhenti dekat 7Eleven. Aku call Ameng nak suruh dia keluar rumah. Aku call Ameng 2-3 kali baru dia angkat. Aku suruh dia keluar rumah. Dia mamai tido duk tanya kenapa. Aku punya lah takut. Aku paksa jugak dia keluar rumah. Dia cakap, buat apa dia nak keluar. Bukannya dia ada kat rumah pon.

Time tu aku ingat dia bergurau. Rupanya, memang dia tak ada dekat rumah. Duduk rumah kawan stay sebab lawan Dota. Aku duduk dekat 7E tu sampai ke cerah. Sampai Ameng datang jumpa aku dekat sana. Aku tanya dia, “bukan ke kata nak projek dekat rumah?”. Dia cakap tayar kereta awek dia pancit. Projek tunda malam lain. Siot punya kawan. Bila aku bukak cerita, dia gelak jer. Macam aku tak tahu dia pun kecut.

Disebabkan dia pon penakut dan aku pon yang dah nak terkencing dalam seluar, dia call kawan-kawan dia ajak datang rumah. Kami berempat balik ke rumah itu.

Rumah tu aku tinggal dengan keadaan pintu terbuka semalam, tak kunci. Bila masuk, rumah okay jer. Tapi yang peliknya, bilik aku jer yang bau wangi. Bau dia sebijik macam perfume Ameng yang aku bau malam tu.

Aku dengan Ameng kemas barang tumpang tido rumah kawan. Sampai sekarang aku tak tahu sapa lelaki dan perempuan dalam bilik Aku dengan Ameng. Lepas 2-3 minggu ada dengar cerita yang ada jiran kami yang berubat buang saka.

Aku rasa mungkin yang kacau aku tu dia punya “kawan”. Kami tak pindah rumah pon. Masih lagi duduk rumah tu. Cuma aku pindah duduk master bedroom. Mintak Wak tido bilik aku dengan Wan.

Lepas tu kami buat majlis baca yaassin dengan solat hajat. Setakat ni takde gangguan lagi. Jiran aku yang dikatakan buang saka tu pun dah meninggal. Moral dia, aku tahu yang aku tak boleh pandang remeh pasal agama.-Fiksyen Shasha

Inilah 7 Makanan dan Minuman Penyebab Migrain Yang Mungkin Kerap Kita Ambil

Sakit kepala sebelah atau migrain memang tidak menyebabkan kematian, tetapi jika tidak diatasi, akan sangat mengganggu aktiviti dan produktiviti. Migrain adalah masalah neurologis yang menyebabkan rasa sakit, mual dan kepekaan terhadap cahaya. Sakit kepala boleh melemahkan dan kadang-kadang juga dimulai dengan gangguan penglihatan, yang dikenali sebagai aura.

Elakkan pengambilan makanan dan minuman yang boleh menjadi penyebab kepada masalah migrain. Berikut adalah makanan dan minuman boleh menjadikan masalah migrain anda menjadi lebih serius.

Produk susu

Makanana atau minuman yang berasaskan produk tenusu dikaitkan dengan migrain. Menurut SteadyHealth, produk-produk tesusu mengandung histamin, yang boleh menyebabkan perubahan kimia yang menyebabkan migrain. Pengambilan krim masam, yogurt atau buttermilk boleh menjadi penyebab migrain.

Tyramine

Penyebab migrain yang lain adalah makanan yang mengandung tyramine. Tyramine biasanya banyak terkandung dalam keju, mozzarella atau cheddar.

Produk daging

Makanan dari produk daging juga boleh menyebabkan migrain. Daging banyak mengandung nitrat yang dikaitkan dengan migrain. Jika Anda mengalami migrain, elakkan makan hot dog, sosej, sardin, hati ayam. Juga elakkan pengambilan daging yang telah diproses seperti makanan segera.

Buah dan sayuran

Buah dan sayuran juga dapat mengandung bahan kimia penyebab migrain. Buah yang dikaitkan dengan peningkatan kekerapan migrain ialah seperti betik, plum merah, kismis, buah ara dan alpukat matang dan pisang. Sedangkan sayuran yang biasanya menjadi penyebab migrain antara lain bawang merah, bawang putih, kacang panjang, buah zaitun, acar dan kubis masin.

Ragi

Makanan yang mengandung ragi segar juga berkemungkinan menjadi penyebab sakit kepala migrain. Jika Anda mempunyai masalah migrain, elakkan memakan roti yang baru dipanggang dan makanan yang dipanggang lainnya, seperti donat.

Minuman

Beberapa minuman juga dikaitkan dengan migrain. Alkohol, anggur merah boleh meningkatkan kemungkinan anda mengalami migrain, kerana ia mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai sebagai tanin. Kafein juga merupakan Penyebab yang berpotensi, sehingga ada orang yang mengidap migrain seharusnya mengelakkan dari mengambil kafein, seperti kopi, teh dan minuman ringan. Coklat juga boleh menyebabkan migrain.

Mono Sodium Gulamate (MSG)

Mono Sodium Gulamate (MSG) atau bahan perasa adalah aditif kimia yang sering digunakan untuk meningkatkan keenakan makanan biasanya digunakan didalam masakan. Ia boleh meningkatkan kepada punca berlakunya masalah migrain.

Migraines Vs. Headaches:

Mufti Perak Beri Amaran Tegas Pada Menteri Pendidikan !!

Mufti Perak beri amaran tegas pada Menteri Pendidikan | IPOH: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan tindakan kerajaan mahu mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) sebagai merosakkan Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.

Menurutnya, Dasar Pendidikan sedia ada sudah terbukti mampu memacu pembangunan negara ke arah kebaikan selaras dengan sistem pendidikan negara yang berasaskan perpaduan kaum dan pembinaan negara bangsa.

“Kerajaan perlu mengambil kira maslahat umum, silibus, dasar, dan akta sedia ada serta pandangan pakar selain tokoh negarawan yang berkaitan dalam setiap perancangan dasar baharu, bukannya sekadar menerima cadangan dan terus melaksanakannya tanpa melihat kesan atau akibat dasar terbabit.

“Pengiktirafan UEC akan merungkai asas perpaduan kaum yang berpaksikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan.

“Adalah amat mendukacitakan sama sekali sekiranya UEC diiktiraf, ini kerana ia membuka ruang yang cukup besar kepada kaum lain dengan menimbulkan semangat perkauman, sekali gus boleh merosakkan suasana harmoni yang sudah sekian lama wujud di negara ini,” katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Ahad lalu, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, dilaporkan berkata, kerajaan negeri sedia mengiktiraf UEC sebagai kelayakan menyertai perkhidmatan awam dengan syarat pemohon mendapat kredit dalam Bahasa Melayu.

Beliau dipetik sebagai berkata, ia selaras dengan janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH) untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Harussani berkata, Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 adalah antara dasar terbaik yang sudah digubal dengan mengambil kira semangat perpaduan kaum bagi memastikan sistem pendidikan negara mampu memelihara perpaduan nasional dan manfaatnya sudah dirasai rakyat sekarang.

Katanya, pengorbanan negarawan seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lok dan Tun Tan Siew Sin daripada MCA yang menghalang UEC pada zaman mereka adalah semangat perpaduan kaum yang sangat tinggi.

“Mutakhir ini, bidang pendidikan yang diharmonikan dengan perpaduan kaum sedang dirosakkan oleh desakan pihak tertentu yang semakin berani menggugat Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.

“Bahasa Melayu sudah diiktiraf secara jelas sebagai bahasa kebangsaan sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Tambahan pula, Dasar Pendidikan Kebangsaan mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar,” katanya.

Khairy Jamaluddin Buka Mulut Dan Beritahu Sebab Sebenar Kenapa Dia Tolak Pelawaan Zahid Hamidi !!

KJ dan Zahid akhirnya bercakap semula

Khairy Jamaluddin berkata beliau akhirnya kembali bercakap dengan presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Hubungan antara mereka berdua agak “tegang” mutakhir ini dan menurut Khairy, mereka berdua tidak bercakap sejak beliau tidak menyertai anggota pembangkang lain keluar dewan di hari pertama sidang Dewan Rakyat, minggu lalu.

“Memang ada sedikit ketegangan, saya lawan dia (dalam pemilihan presiden Umno). Tapi selain daripada itu, dia seperti abang saya…hubungan kami baik.

“Dia bercakap dengan saya sebentar tadi, untuk kali pertama sejak ‘walkout’.

“Dia kata ‘anda berucap hari ini?’ dan say jawab ‘ya,” kata Khairy ketika ditemui pemberita di lobi parlimen selepas berucap dalam sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang Di-pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ketika ditanya mengapa beliau dilihat lebih gembira berbanding kebiasaan pada hari ini, Khairy tersenyum dan berkata ia kerana “presiden Umno bercakap dengan saya”.

Dalam pemilihan Umno bulan lalu, Zahid menewaskan Khairy dan seorang lagi calon, Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan jawatan presiden.

‘Menjadi suara bebas’

Terdahulu, Zahid mendakwa telah menawarkan tiga jawatan kepada Khairy namun ditolaknya.

Zahid berkata beliau menawarkan Khairy untuk menjadi ‘regunya’ dengan bertanding jawatan timbalan presiden, dan selepas itu menawarkan jawatan setiausaha agung dan ketua penerangan parti.

Ditanya tentang tindakannya itu, bekas ketua pemuda Umnop itu berkata beliau mahu menjadi suara bebas dalam Umno.

“Saya tidak mahu terikat dengan keputusan parti…Biarlah saay jadi suara bebas (dalam parti). Ini baik untuk Umno,” katanya lagi.

Khairy berkata beliau tetap setia dengan Umno dan akan turut serta dalam kempen di PRK Sungai Kandis hujung minggu ini.

Ini sebab Khairy tolak tawaran jawatan UMNO oleh Ahmad Zahid

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan pendiriannya menolak semua tawaran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana ingin kekal menjadi suara bebas menegur parti itu.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menegaskan beliau tidak ingin terikat dengan keputusan UMNO.

Beliau menyatakan ingin bergerak solo dan bebas dalam parti.

“Sebenarnya saya cuma tolak dua tawaran jawatan, sebelum pemilihan UMNO beliau (Zahid) cadangkan saya bertanding jawatan Timbalan Presiden, ini bukan jawatan tapi suruh bertanding.

“Biarlah saya bebas untuk nyatakan pandangan saya kepada UMNO. Saya dah beritahu tak nak terikat dengan keputusan parti, saya nak sendiri dalam parti,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Ketika ditanya, adakah beliau ingin bertindak ‘rebel’ dalam UMNO, beliau hanya menjawab ingin meneruskan kerjanya di Parlimen dan membantu kempen BN di PRK Dun Sungai Kandis hujung minggu ini.

“Biarlah saya jadi suara bebas, boleh raikan kepelbagaian suara dalam UMNO. “Kalau ada perkara tak betul, kena tegurlah,” ujarnya.

Sumber : Astro Awani

Tak Tahan Dicemuh, Sajat Mula Jujur Isu Jantinanya

DENGAN ini, kita boleh tutup tentang kisah panas rumah tangga selebriti tanah air yang menggelegak macam air panas aje. Kita buka pula cerita tentang si cantik jelita, Nur Sajat.

Nur Sajat Fariz Kamaruzaman ataupun ada yang mengenali ‘wanita’ ini dengan nama Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, 32, bukanlah nama yang asing lagi sekarang ni.

Semua orang bahkan masih lagi tertanya-tanya tentang misteri jantina ‘wanita’ ini yang bergelar usahawan kosmetik tempatan berjaya.

Macam-macam story dah naik tentang Sajat… Antaranya, netizen cuba untuk siasat jantina Sajat, Sajat tak boleh masuk Brunei, Sajat mengaku khunsa, Sajat mengaku pondan dan macam-macam lagi lah!

Kesian Sajat, mesti penat nak explain dekat netizen semua yang dia ni sebenarnya ‘perempuan’! Baru-baru ni Sajat ada memuat naik sebuah video sebagai bukti dirinya seorang wanita.

Tapi sayangnya, video yang berdurasi 59 saat itu telah dibuang beberapa jam selepas itu. Jangan ingat lepas Sajat dah buang, tak ada orang yang sempat save video tu.

Dalam video tu, kita boleh nampak yang Sajat sangat bersungguh untuk meyakinkan netizen tentang kekeliruan jantinanya supaya orang ramai boleh tutup mulut.

Apa yang lebih menarik perhatian ialah bila Sajat cakap “Sorry, (maaf) kita perempuan okay!”

Tapi kalau Sajat ni betul perempuan, kenapa dia masuk pertandingan Miss Queen International Malaysia 2013 dalam kategori pondan???

Bukan tu je, banyak lagi lah pertandingan kategori pondan yang Sajat join. Kalau betul perempuan tulen, masuk lah pertandingan untuk perempuan tulen.

Aduhh pening lah pasal Sajat ni. Jangan lupa juga tunggu single pertama Sajat dan Dato’ Aliff Syukri yang bakal menggegarkan anda semua.

Semoga DSV tak tercabar dengan single Sajat ni.

Sumber: MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah

Viral Video Berebut Anak, Pelakon Drama Mok Cun Tampil Mempertahankan Diri

Berikutan video viral yang tersebar di Facebook semalam, bekas isteri yang didakwa menghalang bapa daripada berjumpa anak tampil mempertahankan diri. Wanita tersebut yang juga merupakan seorang pelakon menjelaskan terpaksa bertindak sedemikian kerana merasakan diri dan anak terancam.

Malahan, beliau mendakwa lagi video yang tersebar tidak menyeluruh menceritakan situasi sebenar yang terjadi.

Kenapa tak post rakaman dari awal?

#fightforrights #buahhatijantungatol

A post shared by balkisyh semundur khan (@qalesyakiss) on

Saya bertindak sebab rasa diri dan anak terancam

#fightforrights #buahhatijantungatol

A post shared by balkisyh semundur khan (@qalesyakiss) on

Cuba nak menjatuh dan mengaibkan saya

#fightforrights #buahhatijantungatol

A post shared by balkisyh semundur khan (@qalesyakiss) on

Biar Allah je yang tahu

#fightforrights #buahhatijantungatol

A post shared by balkisyh semundur khan (@qalesyakiss) on

Menerusi luahan di Instagram, pelakon drama Mok Cun ini tampil mempertahankan diri dan menceritakan perkara sebenar yang berlaku.

Menurutnya video yang dimuatnaik bekas suami tidak dirakam dari awal. Malah, hakim sudah memberitahu bekas suami sepatutnya mengambil anak pada hari cuti iaitu Sabtu selepas jam 12 tengah hari dan dipulangkan pada hari Ahad sebelum jam 6 petang.

Apa-apa pun semoga isu ini dapat diselesaikan dengan cara baik demi kebaikan bersama.

Sumber : qalesyakiss

Akhirnya Jamal Mengaku Bersalah

SHAH ALAM – Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos mengaku bersalah atas tuduhan memecahkan sejumlah botol arak menggunakan penukul besi sehingga sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam.

Pengakuan itu dibuat ketika sebutan kes kali ketiga di hadapan Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin sebentar tadi.

Pihak berkuasa mengawal ketat perkarangan Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada sebutan kes melibatkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Jamal Yunos pagi ini.

Difahamkan seramai 14 pegawai dan 40 anggota polis ditempatkan bagi melancarkan prosiding kes di hadapan Majistret, Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Hanya petugas media yang mempunyai pass sahaja dibenarkan untuk memasuki galeri mahkamah.

Pada 25 Mei lalu, Jamal,48, didakwa memecahkan sejumlah botol arak menggunakan penukul besi sehingga sehingga mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam.

Beliau didakwa melakukan kesalahan berkenaan hadapan pintu pagar keluar Pos (1) Bangunan SUK Darul Ehsan jam 10.15 pagi 5 Oktober 2017.

Buruan polis terhadap Jamal berakhir dengan bantuan pihak berkuasa Indonesia yang membuat tangkapan Jakarta Selatan pada 3 Julai lalu.