Kisah seram ini berlaku di sebuah balai polis di Batu Kikir, Negeri Sembilan . Ini adalah kisah benar yang telah diceritakan sendiri oleh tuan empunya badan kepada uwan saya dan uwan saya yang menceritakan kepada saya.

Kisah seram ini berlaku di sebuah balai polis di Batu Kikir, Negeri Sembilan . Ini adalah kisah benar yang telah diceritakan sendiri oleh tuan empunya badan kepada uwan saya dan uwan saya yang menceritakan kepada saya.

Hari itu seperti biasa pukul 7.00 malam En Kassim bertugas di balai polis. Tiba-tiba balai polis telah menerima satu panggilan yang mengatakan ada satu kemalangan maut telah berlaku berhampiran dengan Pekan Batu Kikir.. Alah dekat-dekat dengan jambatan besi tu..

En Kassim dan beberapa anggotanya bergegas ke tempat kejadian.. Sampai di tempat kejadian dilihat nya sebuah kereta telah bertembung dengan sebuah motosikal. Kereta itu tidak la teruk sangat tahap keremukan nya tetapi motosikal tersebut totally hancur. Apa plak nasib penunggang nya? Bisik hati En Kassim.. Tak jauh dari situ nampak orang ramai tertumpu kepada satu tubuh yang terbujur di tepi jalan.. Tak lain tak bukan tubuh penunggang motosikal.

Nafas nya sudah tiada maknanya dah meninggal dunia. En Kassim dan anggota nya menguruskan mayat tadi untuk dihantar ke hospital Kuala Pilah. Selesai semua nya En Kassim pulang semula ke pejabat.

Jam sudah menunjukan pukul 12.00 malam. En Kassim habis duty pukul 6 pagi esok.. Kebetulan rakan pejabat beliau ada kecemasan dan perlu balik ke rumah. Tinggal En Kassim seorang diri di balai tersebut. Tiba-tiba dia teringat wajah mayat yang diuruskan nya senja tadi..

Bulu tengkuk nya mula meremang di tambah pula angin yang berlalu menambahkan lagi sejuk malam itu.. Dan masa itu juga la En Kassim teringat kata-kata nenek nya tentang pengurusan mayat. Nenek nya pernah bagi tau yang mayat ni kadang-kadang ada badi dan boleh lekat pada kita..

En Kassim rasa badannya tidak sedap dan tidak seperti biasa..”Aku kena badi mayat tadi ke”, bisik beliau.. “Tak boleh jadi ni aku kena mandi ni” kata nya lagi..

Dalam cahaya yang samar-samar di tambah bulan yang dilitupi awan En Kassim memberanikan diri untuk pegi mandi di bilik air belakang pejabatnya.. Dalam perjalanan ke bilik air dia rasa macam ada sesuatu yang mengekori nya.. Seperti akan ada kelibat.. Semua bulu yang ada pada En Kassim meremang.. Seram sejuk badan En Kassim. Beliau gagahi juga dan sampai ke bilik air..

Semasa mencuci muka En Kassim tekejut beruk sebab ada seperti suara yang mengganggu beliau dan memanggil manggil… Jantung beliau dah nak jatuh dah bedebar takut takut hantu mayat eksiden petang tadi ganggu beliau…. Sekali lagi suara itu berbunyi “pssstt” pssstt”…

Bertambah takut En Kassim.. Bukan sahaja suara tersebut tetapi disulami juga dengan bau yang sangat wangi… “pssst” “pssst” sekali lagi bunyi dan bau wangi… Kali ini En Kassim dah nekad apa nak jadi jadi la dia nak lawan jugak hantu tu.. Dan cari dari mana datangnya bunyi tadi….

Rupa-rupa nya AMBI PUR la yang bunyi tadi tu.. Ambi pur memang la wangi… Suspen je la En Kassim ni hahaha…

Suspen tak kisah seram yang lawak ni..hahahaha.. Aku mula-mula baca pun suspen juga.. Geram pun ada dengan mamat yang kongsikan kisah seram ni..hahaha.. Tapi best juga la.. Sekali-sekala layan cerita lawak seram macam ni pun boleh hilang stress apa.. Sekian, terima kasih.

sumber: ketukketampi

Inilah Senarai Penceraian Artis Popular Malaysia Yang Paling Kontroversi!

PETALING JAYA: Kisah kontroversi dan perceraian dalam dunia hiburan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan.
Saban tahun, ia bagaikan tidak sah jika situasi ini tidak berlaku. Kalendar hiburan 2016 tidak terkecuali apabila pelbagai kisah melibatkan artis tempatan menjadi perhatian peminat.

Antara paling diingati adalah kisah penyanyi Zila Seeron (AF4) yang ditangkap khalwat dengan seorang lelaki berstatus suami orang pada 13 Ogos lalu.

Penangkapannya mendapat liputan meluas ekoran Zila ketika itu juga masih bergelar isteri kepada pelawak Along Cham dan lelaki itu akhirnya memutuskan untuk bercerai pada 29 Ogos lalu.

‘Percakaran’ melibatkan penyanyi Elly Mazlein dan pelakon Faye Kusyairi juga antara yang menggamatkan industri hiburan selain pengakuan aktor Adi Putra yang berkahwin dua.

Tidak terhenti di situ, kontroversi melibatkan Ammar Alfian, Atikah Suhaimi dan Idris Khan yang didakwa terlibat dalam video s3k tahun lalu kembali hangat pada 2016 apabila gambar dikatakan mirip Atikah dan Idris tersebar luas di internet.

Bagaimanapun, kes perceraian di kalangan selebriti menunjukkan penurunan ketara dan harap-harapnya 2017 tiada terdengar artis ingin bercerai!

Berikut adalah himpunan beberapa kisah perceraian dan kontroversi yang menjadi perhatian.

Rizman Khuzaimi & Kartina Ayoob (13 Januari 2016)
Pembukaan kalendar 2016 menyaksikan perceraian pasangan pelakon Rizman Khuzaimi dengan Kartina Ayoob pada 13 Januari lalu.

Rizman atau Mohd Rizman Mohd Khuzaimi, 45, memberitahu mahkamah perceraian itu terpaksa dilakukan kerana mereka sudah tidak mempunyai persefahaman lagi.

Riezman dan Kartina, 46, berkahwin pada 24 Februari 2001 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Afiq Kiraman, 12, dan Ruzain Nars, 7.

Kartina turut mempunyai seorang anak iaitu Tatiana Batrisya, 20, hasil perkahwinan terdahulunya.

Fasha Sandha & Jejai (20 Januari 2016)

Dunia hiburan dikejutkan dengan berita perceraian pelakon Fasha Sandha dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Januari lalu.

Fasha dalam satu kenyataan ringkas kepada pihak media sejurus prosiding berlangsung memberitahu sudah berusaha menyelamatkan perkahwinan itu dan reda dengan perpisahan tersebut.

Pasangan itu bernikah pada 27 April 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal yang berusia dua tahun dan Putri Raysha Jemyma yang berumur setahun.

Sebelum itu Jejai pernah bekahwin dengan Nora Danish pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008 dan hasil perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal yang kini berusia tujun tahun.

Farah Asyikin & Zaahier Stanley (28 Januari 2016)

Selepas dua tahun turun naik mahkamah bagi menyelesaikan kes perceraian, akhirnya penyanyi Farah Asyikin sah bercerai dengan Zaahier Stanley secara tebus talak pada 28 Januari lalu.

Lafaz berkenaan dibuat oleh hakam lantikan mahkamah iaitu Mohd Fateh Salleh yang mewakili Zaahier, 39, selaku defendan kes berkenaan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus.

Terdahulu, Farah atau nama sebenarnya Farah Asyikin Zulkifli, 36, memfailkan perceraian mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 pada Oktober 2014.

Farah dan Zaahier yang juga seorang warganegara Afrika Selatan yang berketurunan Melayu Cape berkahwin pada 15 Februari 2013 selepas berkenalan selama setahun menerusi Twitter.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Ebrahim Owais yang berusia 18 bulan.

Syanie Hisham & Nadi Putra Mohd Zainol (23 Februari 2016)

Pelakon Syanie Hisham mengejutkan peminatnya apabila perkahwinan keduanya dengan Nadi Putera Mohd Zainol berakhir selepas bercerai pada 23 Februari lalu.

Enggan mendedahkan punca sebenar perceraian itu Syanie, 43, bagaimanapun memberitahu dia mengambil keputusan untuk berpisah kerana merasakan dirinya tidak dihargai oleh bekas suaminya itu.

Pasangan itu berkahwin yanie dan Nadi Putera selamat dinikahkan dalam satu majlis yang diadakan di Sandy Beach Resort, Langkawi, Kedah dengan sekali lafaz pada 1 Mac 2014.

Pelakon itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Attirmidi Abdul pada 1996 namun bercerai enam tahun kemudian.

Ally Iskandar & Nurfarahin Romli (17 Ogos 2016)

Personaliti TV3, Ally Iskandar mengesahkan telah bercerai talak satu dengan isterinya, Nurfarahin Romli pada 17 Ogos lalu.
Ally menerusi status di laman Facebooknya menjelaskan lafaz cerai itu dibuat di hadapan Hakim Syarie, Azeeman Omar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, dalam status sama, Ally berkata, biarpun sudah tidak mempunyai ikatan perkahwinan namun hubungan mereka masih kekal baik.

Ally atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi, 40 dan Farahin bernikah pada 20 Januari 2012 dan dikurniakan anak perempuan, Maream Esabel, 2 tahun.

Along Cham & Zila AF4 (29 Ogos 2016)

Kontroversi yang melanda rumah tangga Along Cham dan Zila (AF4) berakhir dengan perpisahan apabila pelawak itu melafazkan talak satu terhadap wanita tersebut pada 29 Ogos lalu.
Along terdahulu memfailkan permohonan cerai pada hari sama selepas memberitahu mahkamah sudah tinggal berasingan selama lima bulan ekoran Zila keluar daripada rumah tanpa kebenarannya.

Jelasnya lagi, isterinya itu bertindak keluar daripada rumah kerana tidak suka dimarahi plaintif disebabkan sikapnya yang malas memasak.

Episod duka Along bertambah parah apabila Zila ditangkap oleh sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam kejadian pada 13 Ogos 2016 selepas dipercayai berkhalwat dengan seorang lelaki di Bukti Jalil, dekat sini.

Semasa serbuan dibuat, wanita berkenaan ditemui bersembunyi di belakang almari dalam sebuah bilik.

Pasangan itu berkahwin pada Januari 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ahmad Danial yang kini berusia lima tahun.

KONTROVERSI 2016

Suami Adira Peluk Ruhainies (Julai 2016)

Pelakon Ruhainies menerima kritikan hebat selepas videonya keluar bersama suami Adira iaitu Datuk Seri Abu Adnan didedahkan.

Ruhainies, 24, bagaimanapun tidak cepat melatah dalam menangani kontroversi tersebut sebalik mengaku pernah keluar bersama ahli perniagaan itu selepas dipelawa oleh Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red.

Bagaimanapun katanya, dia tidak mempunyai hubungan dengan lelaki berkenaan dan mendakwa telah diperangkap kerana tidak menyedari perbuatan lelaki itu memeluknya.

Malah pelakon itu percaya pihak yang mengambil gambar tersebut diupah untuk merakam kami seperti sedang bermesra dan sebarkan kepada umum,” ujarnya.

Gambar Perkahwinan Kedua Adi Putra Tersebar (Julai 2016)
Nama pelakon Adi Putra menjadi perhatian apabila foto perkahwinan rahsianya dengan seorang wanita berusia 33 tahun yang juga seorang janda anak satu tersebar luas di media sosial.

Adi kemudiannya mengesahkan sudah berkahwin dengan wanita yang dikenali sebagai Nur Shahida itu pada 20 Jun lalu dalam satu sidang media yang diadakan pada Julai lalu.

Sidang media itu bagaimanapun bertukar kecoh apabila bekas adik ipar isteri pelakon itu muncul mempersoalkan tindakan Adi memburukkan abangnya selain ingin membersihkan nama keluarganya yang tercalar akibat kejadian itu.

Rumah tangga Adi dan isterinya pertamanya, Aida sebelum ini pernah berhadapan dengan masalah apabila Adi memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur terhadap wanita itu pada 11 Mei 2012 namun membatalkan hasrat itu kemudiannya.

Hasil perkahwinan mereka sejak 14 April 2006, pasangan itu tidak mendapat cahaya mata kerana Aida sering keguguran namun mereka mempunyai seorang anak angkat perempuan berusia empat tahun.

Uqasha Senrose Buka Tudung (Ogos)
Pelakon Uqasha Senrose dikritik hebat apabila membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab sejak Ogos lalu.

Uqasha menjelaskan tindakannya itu kerana dia tidak mahu terus hidup dalam kepura-puraan kerana keputusannya bertudung sebelum ini tidak dibuat daripada hatinya sendiri.

Malah dia juga bersedia menerima segala kritikan dan kecaman daripada peminat berhubung keputusannya itu.

Gambar Bogel Menyerupai Atikah Suhaimi & Idris Khan (September 2016)
Industri hiburan digemparkan dengan penyebaran gambar bogel yang dikatakan menyerupai pelakon Atikah Suhaimi dan Idris Khan.

Atikah baik Idris bagaimanapun enggan mengulas mengenai penyebaran gambar berkenaan dan menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Pada tahun lalu, mereka turut dihimpit kontroversi sama kononnya mempunyai video seks bersama seorang lagi pelakon iaitu Ammar Alfian.

Bagaimanapun ketiga-tiga mereka tampil menafikan perkara itu dan meminta pihak yang menyebar khabar angin itu menunjukkan bukti.

Fara Fauzana Batal Kahwin Saat-Saat Akhir (September 2016)
Personaliti radio popular Fara Fauzana mengejutkan peminat apabila mengambil keputusan membatalkan perkahwinannya dengan Mohamed Hafiz Badiuzzaman, 30, pada saat akhir yang sepatutnya berlangsung pada 17 September lalu.

Fara, 36, bagaimanapun enggan berkongsi punca dia mengambil keputusan itu dan hanya menyatakan ia sebagai sebab peribadi.

Sikap berdiam diri Fara telah menimbulkan pelbagai spekulasi sehingga timbul dakwaan dia membatalkan perkahwinan itu kerana Hafiz sudah pun berkahwin.

Hafiz tampil menafikan perkara itu dan meminta pihak media bertanya sendiri tentang sebab sebenar Fara membatalkan perkahwinan mereka.

Elly Mazlein, Azmi Hatta & Faye Kusyairi (Oktober 2016)
Nama Elly Mazlein hangat diperkatakan sepanjang 2016 selepas kisah disebalik perceraiannya dengan pengarah Azmi Hatta pada 15 Oktober tahun lalu menjadi kecoh.

Timbul pelbagai tuduh-menuduh di antara pasangan itu sehingga mengaitkan pelakon Faye Kusyairi sebagai orang ketiga yang menggangu keharmonian rumah tangga mereka.

Faye yang kemudiannya mengaku menjalinkan hubungan cinta dengan Azmi dikecam hebat walaupun menjelaskan mereka hanya rapat selepas pasangan itu bercerai.

Azmi pula dalam satu sidang media tergemparnya pada Oktober lalu tampil dengan surat akuan bersumpah selepas tidak tahan dengan pelbagai tuduhan dibuat bekas isterinya itu.

Pengarah itu turut mendakwa punca perceraiannya dengan penyanyi itu kerana sikap cemburu wanita itu yang melampaui batas. – mstar

Perghhh..!!! Baru Lepas Bersalin Tapi King Coco Dah Tayang Perut Rata.

Marshaira Binti Ismail atau lebih dikenal dengan King Coco baru sahaja melahirkan anak pertamanya bayi lelaki seberat 3.63kg di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur. Nina Ismail Sabri, isteri kepada Jovian juga telah melahirkan anak mereka di hospital yang sama. Namun, rupanya masih ramai yang tidak percaya jika sekarang King Coco telah rasmi menjadi ibu.

My kind of ootd nowadays. #kingcoco #princekylemateen

A post shared by KING COCO ? (@k1ngcoco_1) on

Ini kerana baru satu bulan lebih melahirkan, Coco sudah boleh melakukan aktiviti harian. Tak hanya itu, Coco juga membuat netizen bingung lantaran perutnya sudah kembali rata. Coco nampaknya bangga dengan mempamerkan perut ratanya dengan memakai singlet dan seluar ketat.

 

Apa yang menarik perhatian penulis adalah, bagaimana Coco menjaga penampilannya yang kekal yakin dan tenang bila berhadapan dengan netizen yang tidak henti-henti mencemuh aksinya dalam video.

Sebelum ini Coco berkongsi rahsia untuk mendapat badan yang cantik dengan sering keluar jogging selepas solat Subuh. Rutin harian itu dikatakan lebih baik daripada waktu petang kerana sememangnya waktu itu sudah penat. – hangat.com via aislimau.com

Sebelum ini Netizen Kutuk King Coco Kahwin Suami Orang

INSTAFAMOUS yang popular gara-gara pelat mat sallehnya, King Coco telah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Azrin Anas, Ahad lalu.

Meskipun sudah beberapa hari berlalu, kisah perkahwinan King Coco masih lagi menjadi trending dan topik hangat di media sosial.

Semuanya gara-gara netizen tidak berpuas hati dan marah apabila mengetahui wanita berusia 19 tahun ini berkahwin dengan suami orang.

Ditambah pula, perasaan simpati netizen apabila mengetahui isteri pertama Azrin kini dilaporkan sedang hamil.

Bukan sahaja dikecam hebat selepas perkahwinan itu, Coco atau nama sebenarnya Marshaira Ismail turut dilabelkan sebagai ‘wanita perampas’.

Pendek kata, perkahwinan yang biasanya disertai dengan ucapan yang baik-baik dari orang ramai namun berbeza pula dengan apa yang diterima oleh pasangan ini.

“Kesiannya wife dia yang sedang pregnant tu. Sepatutnya kau bagi la kasih sayang sepenuhnya pada wife yangg pregnant anak kau tu! Ni kau sakitkan hati dia. Memang la kau mampu tapi fikirlah perasaan wife kau!,” tulisnya Mohd Saiful Azlan.

“Tahniahlah. Moga ko tak selamat hidup rampas laki orang. Kau tak fikir ke anak dalam perut mak dia macam mana?,” tulis Orizwana Zulhaimi.

“Inila namanya bahagia di atas penderitaan orang lain,” tulis Sally Gotha.

Peliknya, rata-rata yang memberi komen bukanlah datang dari pihak keluarga atau kenalan isteri pertama sebaliknya hanyalah netizen yang langsung tiada kena mengena dengannya.

Malah, Coco menerusi akhbar Harian Metro turut mendakwa isteri pertama suaminya menerima dirinya sebagai madunya.

“Saya dan suami sudah selamat bernikah manakala isteri pertama suami menerima saya sebagai madunya,” katanya.

Oleh itu, apa lagi yang dimahukan netizen? Dalam agama Islam sendiri membenarkan seorang lelaki berkahwin lain sekiranya dia mampu.

Mungkin sudah masanya kita berhenti mengecam insan bernama Coco ini. Biarlah dia bahagia bersama kehidupan baharu yang telah dipilihnya. – MYNEWSHUB.CC

Elfira Loy Dedah Foto Kereta Mewah Pertamanya Yang Mengejutkan!

Aktres Elfira Loy dengan bangga berkongsi foto kereta idamannya yang juga kini menjadi kereta pertamanya – Mercedez Benz.

Foto yang dimuat naik di laman Instagram itu memaparkan pelakon berusia 23 tahun tersebut bergambar dengan wajah yang begitu teruja.

Menerusi kapsyen, Elfira melahirkan penghargaan kepada para penyokong beliau, tak kurang menganggap kereta mewah itu sebagai ganjaran atas usaha kerasnya selama ini.

Dalam ruangan komen, netizen mengambil kesempatan itu untuk mengucapkan tahniah. Rata-ratanya gembira dengan pencapaian yang berjaya diraih Elfira.

surinasalleh: Tahniah El. Makcik doakan semoga murah rezeki lagi dan diberkati Allah SWT. Yang penting jangan meninggi diri ya, sayang. Amin.

wawa_darus: Alhamdulillah. Rezeki itu dari Allah. Yang penting kita kena usaha, jangan mengeluh dan jangan lupa Dia. Sentiasa bersyukur dengan apa yang Dia bagi. Semoga berjaya dunia akhirat, El. Sayang awak, El.

nurulhazira5590: Muda-muda dah dapat beli kereta mewah. Tahniah Elfira Loy. Moga terus berjaya.

azizi4li: Tak nampak dah lah artis jalan kaki kat Hussein Onn tu.

angahputra_84: Untung lah Sufian dapat naik free.

Selain bergelar aktres, pelakon drama Untuk Terakhir Kali itu juga adalah seorang pengurus cafe dan usahawan muda kepada tudung atas jenamanya sendiri.

Elfira Loy Berhabis RM10,000 Dalam Masa Sejam

PELAKON Elfira Loy mendedahkan dia telah berbelanja hampir RM10,000 dalam masa satu jam dengan hanya membeli barangan solekan di Sephora.

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, 23, berkata dia sempat menyinggah ke kedai kosmetik tersebut ketika berada di Los Angelas, Amerika Syarikat untuk menghadiri sebuah acara.

Menurutnya lagi, dia tidak menyangka boleh membeli barang tersebut terlalu banyak setelah tiba di kaunter pembayaran.

“Saya pergi ke Los Angelas untuk satu event tapi sempat masuk ke Sephora dan apa yang saya nak buat pergi sana, nak beli macam-macam.

“Ada banyak yang saya habiskan dalam masa satu jam untuk beli barang. Saya belanja hampir RM10,000 di Sephora.

“Tak tahu lah kenapa boleh jadi macam mana. Tapi dah sampai ke kaunter, tak boleh patah balik. Kita terima saja la,” kata Elfira.

Elfira membeli barang-barang solekan kesukaannya ketika berada di Los Angeles.

Elfira memberitahu perkara tersebut menerusi video yang dimuat naik di saluran YouTube, Twinkel TV, dan kini mendapat lebih 190,000 tontonan.

Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah mengatakan pelakon wanita itu membazir.

Namun, ada juga segelintir yang menganggap Elfira berhak untuk pembelanjaan tersebut sebagai hadiah untuk dirinya setelah bekerja keras.

“Korang yang cemburu dia shopping banyak kenapa. Dia kerja kuat macam mana kita mungkin tak tahu dan dia pakai duit dia kan. Biarlah dia nak hadiahkan diri sendiri.

“Ramai bising bila El belanja almost 10k for the makeup only. Biar pi lah. Dia kerja keras. Kira hadiah untuk diri dia lah. Macam kita dapat gaji, hadiah untuk diri pergi shopping.

“Dia dah bekerja keras untuk dirinya sendiri. Jadi, dia memang layak untuk semua itu,” tulis beberapa orang netizen.

Selain itu, netizen juga mengingatkan penyanyi Sufian Suhaimi untuk bersiap sedia menanggung pembelanjaan mewah tunangnya selepas berkahwin.

Elfira Loy mengikat tali pertunangan dengan Sufian di kediamannya, Alam Damai, Cheras pada 6 Oktober lalu.

Pasangan ini akan melangsungkan pernikahan pada bulan Mac tahun depan.

Biodata Elfira Loy, Artis Comel Kecil Molek

Nama Penuh: Nurul Elfira Loy Binti Ahmad Sabri
Nama Popular: Elfira Loy
Nama Panggilan: El
Tarikh Lahir: 8 Mac 1994
Umur: 22 tahun (2016)
Asal: Kuala Lumpur
Keturunan: Campuran darah Melayu, Cina dan Arab
Keluarga: Anak kedua daripada empat beradik. Ayah bernama Ahmad Sabri dan ibu Filzah Binti Yusoff. Adik-beradik pula ialah abang Ahmad Ezzraa Loy, adik Nurul Ezlisa Loy, Ahmad Ezzrin Loy dan adik bongsu Ahmad Evvraa Loy.
Kerjaya Seni Elfira Loy

Pekerjaan: Pelakon (sejak 2006), Pengacara, Penyampai Radio dan Model Iklan
Teater: Ali Baba, Ibu Zain 1 & 2
Drama/Telefilem: Antaranya Tentang Bulan The Series, Persis. Kak Long, Permata Hati, Persinggahan, Sanggar Cinta Raudhah, Cinta Itu Buta, Senja Permai, Waktu Rehat, Qalesya, Kum Kum, Qalesya 2, Waktu Rehat 2 dan Hani.
Filem: Damping Malam
Program TV: Berani Jadi Bos (Astro Ceria), Cuti-cuti Famili (TV1), Selamat Pagi Putera Puteri musim 1 dan 2 (TV1), Shana & Nina, Kids n Cash (TV3)
Anugerah: Pelakon Pembantu Wanita Terbaik untuk Drama Kum Kum pada Anugerah Skrin 2011
Media Sosial Elfira Loy

Instagram: https://www.instagram.com/elfiraloy
Facebook: https://www.facebook.com/filzay/
Wikipedia: https://ms.wikipedia.org/wiki/Nurul_Elfira_Loy
Fakta Menarik Tentang Elfira Loy

Elfira Loy memulakan kerjaya sebagai pelakon pada 2006 di usia 12 tahun dalam teater Ali Baba: The Musical Theater. Beliau kemudiannya mewakili Malaysia untuk Ali Baba: The Musical Theater di Hamedan Theater Festival Internasional untuk Kanak-kanak dan Remaja, yang berlangsung pada 27 September hingga 5 Oktober 2010.
Elfira Loy pernah menjadi model iklan motosikal Honda, Sunway Lagoon, Mee Sedap, Institut Jantung Negara, Bank RHB, Mamee Slurp, The New Face Of Maybelline New York (Malaysia) dan Plus One.
Elfira Loy telah memulakan penghijrahannya dengan bertudung sepenuhnya pada hari lahirnya, 8 Mac 2015 dan membayangkan perkara tersebut sebagai simbolik kelahiran semula.
Beliau juga pernah menjadi deejay atau penyampai radio di stesen radio Era FM pada April 2014.
Elfira Loy juga telah menceburi bidang perniagaan dengan pembukaan kafe Love Me Sevendays.
Beliau juga antara artis yang sangat popular di laman sosial Instagram dengan jumlah follower sebanyak 1.8 juta.

Kehilangan Intan Ladyana Akhirnya Terjawab Apabila Dia Sendiri Berlaku Jujur Dedahkan Punca Sebenar Video Panas Yg Tersebar

Pelakon Intan Ladyana tidak menafikan punca dia hilang daripada industri hiburan selama setahun kerana kontroversi putus cinta bersama aktor Kamal Adli.

Intan, 34, berkata, dia mengambil keputusan mendiamkan diri kerana tidak mahu isu berkenaan menjadi besar sehingga menyebabkan timbul perbalahan di antara kedua-dua belah pihak.

“Saya akui salah satu sebab saya berehat seketika sebelum ini kerana perkara itu kerana seboleh-bolehnya saya memang tidak mahu mengulas apa-apa tentang perkara itu.

“Kalau saya keluarkan kenyataan nanti ia akan menyebabkan ada susulan lain yang pada akhirnya ia tidak akan berkesudahan.

Intan berehat selama setahun untuk berehat dan melakukan aktiviti yang jarang dapat dilakukannya.

“Lebih baik saya berdiam diri sahaja dan ia lenyap dengan sendirinya,” katanya kepada mStar Online.
Mengulas tentang hubungannya dengan Kamal kini, Intan berkata, mereka tidak mempunyai sebarang masalah namun masih belum sempat bertemu sejak berpisah.

Dalam pada itu, Intan tidak mahu lagi bercakap tentang soal peribadi kepada umum kerana bimbang kejadian serupa berlaku sehingga menimbulkan rasa malu kepada dirinya.

Jelas Intan, jika dia mempunyai teman lelaki sekali pun dia tidak akan bercerita mengenainya selagi belum ada apa-apa ikatan sah di antara mereka.

“Jika tentang perkara lain atau perkembangan karier, saya akan kongsi tetapi tidak lagi tentang peribadi.

“Status saya sekarang? Rahsia. Biarlah saya sahaja yang tahu dan tidak perlu diheboh-hebohkan sama ada saya ada kekasih atau pun tidak,” katanya.

Bercakap mengenai tempoh hilangnya sebelum ini, Intan berkata, dia banyak menghabiskan masa dengan berehat dan melancong bagi merehatkan minda selepas sibuk bekerja.

Malah kata Intan, sepanjang tempoh itu juga, dia dapat melakukan rutin yang jarang dilakukan bersama rakan-rakan dan keluarga.

“Saya terlalu sibuk dengan pelbagai perkara sebelum ini dan tindakan mengambil rehat panjang itu sebenarnya tepat kerana saya memang memerlukannya.

“Selain melancong dan melakukan rutin harian yang jarang dapat saya lakukan, tempoh itu banyak mengajar saya mengenali diri sendiri,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Intan berkata, Ramadan tahun ini dia kembali merancakkan aktiviti seninya dengan menghadiri jemputan berbuka puasa bersama anak yatim atau acara hiburan lain.

Bagaimanapun dia masih belum menerima sebarang tawaran lakonan dan hanya kembali aktif selepas Aidilfitri kelak.

“Bulan Ramadan ini juga saya ingin ambil kesempatan merebut untuk beribadah dan menghabiskan masa bersama keluarga dan sesekali menghadiri acara hiburan jika ada jemputan.

“Insya-Allah selepas hari raya barulah saya akan kembali aktif berlakon kerana sudah setahun juga tidak berlakon,” ujarnya.

Tak Tahan Lihat AnakNya Dikecam!!! Akhirnya EMAK Iqram Dinzly TAMPIL Menjelaskan Isu Perangai Iqram Yg Sebenar

KALAU BETUL DIA DEPRESSION, BANTULAH DIA. KALAU DIA SESAT, BANTULAH DIA.

Tadi sebenarnya aku tengok live Iqram Dinzly dekat insta.

Tapi sedih sangat tengok keadaan dia.
Sedih tengok cara dia. Dia sangat berbeza dengan yang dulu. Dengan tarian lucah, maki hamun, tak terkata dah. Dia nampak sangat berbeza.

Aku dapat rasa dan yakin yang dia ni mengalami mental illnes yang dipanggil depression atau lebih dari itu.

Dia takkan mengaku dia sakit. Ya, orang yang mengalami depression susah nak mengaku dia sakit dan dia susah nak pergi merawat diri sendiri.

Risiko paling besar, dan dah banyak kali terjadi bila seseorang mengalami depression adalah bunuh diri kerana terlalu tertekan.

Stress dan depression tu berbeza. Tapi stress yang berulang kali dan tak dikawal akan menjadi faktor mental illnes ni.

Kalau nampak kawan kita update status atau cakap nak bunuh diri, tolong la dia.
Tolong selamat kan dia, bagi dia kata kata semangat.
Bila dia cakap macam tu, maknanya dia dah ada tanda tanda depression.

Ada yang kata Iqram ni depression sebab ayah dia meninggal.
Ada yang kata dia ni belajar ilmu sesat.

Tapi bila sebelum sebelum ni ada tengok video dia menangis nanges sebab ayah dia sakit. Dengan keadaan dia yang sekarang, aku rasa dia ni memang mengalami depression. Dia nampak kurus sangat.

Dia macam ada split personality disorder, sebab dalam beberapa minit dia boleh menangis bila dengar zikir, kemudian tiba tiba maki hamun, tiba tiba maki hamun berjoget hyper active, lepas joget sambung maki dan menangis lagi. ?

Terkilan jugak bila baca komen komen segelintir netizen yang mengherdik, gelakkan dia, turut sama mengeluarkan kata kata lucah.

Kalau betul dia depression, bantu la dia.
Kalau betul dia sesat, bantu la dia.
Bukan dengan cara yang salah.

Termasuklah netizen yang jauh dari dia tapi hanya dekat dengan dia di media sosial, bantulah dari segi kata kata yang baik. InshaAllah kata kata yang baik tu akan jadi doa untuk dia. ?

Takkan kau nak artis malaysia pun macam artis Korea kumpulan Shinee yang baru mati baru baru ni. Bunuh diri macam tu je?

Takyah pandang Iqram ni sebagai artis pun takpe la, tapi pandang dia sebagai seorang saudara yang kita perlu bantu.

Aku ngeri tengok dia live tadi. Kesian pun ada.
Kalau dia sihat, dia tak macam tu. ?

Yang terdekat dengan dia bantu la dia.
Kita semua pernah nampak dia yang dulu macam mana. Bandingkan semula dengan dia yang sekarang. Masa live tengok cara dia, movement dia, mata dia, emosi dia, fizikal dia, pakaian dia, dia dulu tak macam tu.

Kerana Terlalu Kacak ” Bayi Keturunan Indo-Jepang” Ini Buat Ramai orang Tertanya-Tanya Siapa Ibu Bapanya. JOM TENGOK 5 GAMBAR NI..!!

Banyak orang yang kini semakin mudah akses media sosial, salah satunya media sosial Instagram. Hal ini menyebabkan hal-hal yang menarik di media sosial seperti foto, video mudah menjadi trending topic dan viral hingga akhirnya menjadi perbincangan publik.

Kali ini Cerpen akan membahas sejumlah foto bayi yang parasnya disebut netizen sangat tampan. Foto bayi tampan bernama Arsya ini muncul di beranda pencarian Instagram atau biasa disebut explore, sejak pekan lalu, Senin, 11 Desember 2017.

Lantas siapa yang mengunggah foto bayi berparas rupawan ini?

Rupanya yang mengunggah foto bayi bernama Arsya ini bukanlah sosok biasa. Ia adalah seorang calon dokter yang terkenal di kalangan netizen remaja, yakni Anton Tanjung.

Anton Tanjung memang bukan artis tapi namanya sejak tahun lalu menghebohkan dunia maya. Jelas saja karena ia disebut-sebut sebagai dokter tampan.

Anton ini ternyata menempuh pendidikan di Fakultas Kedokteran Universitas Gadjah Mada (UGM) Yogyakarta. Hingga berita ini ditulis, Anton memiliki pengikut di Instagram sebanyak 269 ribu followers.

Saat ia mengunggah foto Baby Arsya yang juga berparas tampan itu, ribuan netter memberikan ike dan komentar sehingga membuat foto itu menjadi viral dan populer. Bahkan berita ini sampai terkenal ke negeri seberang, Malaysia.

Sayangnya, Anton enggan memberitahukan secara detail anak siapa bayi tampan itu. Sejumlahh netter menduga bayi bernama Arsya itu adalah bayi yang dilahirkan oleh pasien yang ditangani Anton. Namun ada juga yang mengira Arsya adalah bayi dari Anton karena terlihat sangat mirip dengannya. Namun pria yang suka dipanggil Atek ini anehnya juga tak pernah berkata iya atau tidak.

“Bang, ini baby yg sama kek kmren2 kan? Kok abang masih upload fotonya apa babynya masih di rumah sakit?,” tanya akun @ariestanissa_28.

Namun Anton hanya membalas singkat pertanyaan netter itu, “haha ada deh,” jawab Anton.

Awalnya, banyak netter yang mengira foto bayi yang diunggah Anton berjenis kelamin perempuan. Lalu Anton memeberikan balasan untuk netter dan memberitahu bahwa bayi tersebut berjenis kelamin lelaki.

Tak ada yang tahu pasti apa hubungan dirinya dengan bayi tampan itu. Yang pasti, blasteran Jepang dan Indonesia tersebut tak mau mengemukakannya sekarang. Dokter ganteng ini bikin penasaran, saja, ya!

SUMBER

Akaun ‘Lelaki’ Kecam Suami Sharifah Sakinah Hanya Akaun Fake, Pakai Gambar Abang Ipar Mawar Rasid!

Masih ingat dengan isu yang kami siarkan semalam tentang netizen mengecam tindakan Aiman Hakim Ridza yang memeluk Sarifah Sakinah?

Baru-baru ini MH ada ternampak Sakinah berkongsi satu komen daripada seorang netizen yang cuba menegur suaminya, Aliff Adha.

Apa yang MH boleh katakan, teguran tersebut mungkin agak berlebihan lebih lagi ia melibatkan suaminya.

Lelaki tersebut dengan biadapnya meninggalkan komen kononnya suami Sakinah, boleh dikategorikan sebagai dayus tiada maruah kerana membiarkan Sakinah berlakon sebegitu dengan lelaki lain.

 

Malah lelaki tersebut turut tag akaun instagram milik suami Sakinah kononnya dengan niat untuk menegur.

“Jual lah bini ko… lgpn cara ko bg jantan lain molest bini ko serupa ko jual je.. sbb ko kategori DAYUS XDE MARUAH! Duit dan professionalism besar bg ko@ Bkn tuntutan agama pn..!! Melayu akhir zaman ayat tepat bg insan mcm ko,” tulisnya di ruangan komen.

Tanpa memanjangkan cerita Aliff hanya membalas “K”sebagai tanda sudah membaca komen ini, namun lelaki tersebut terus menyerang dan membalas meminta Aliff mengaminkan segala doa bukannya hanya menjawab “K” seperti lelaki yang tiada maruah.

Bagaimanapun, Aliff dengan terbuka dan tenang meminta maaf sekirannya dia gagal menjadi seorang suami yang sempurna hingga menyingung beberapa pihak.

Melihat ketegangan yang berlaku, Sakinah tidak berdiamkan diri. Dia juga ada meninggalkan sedikit kata dua kepada semua orang terutamanya individu yang ‘menasihati’ suaminya di Insta Storienya.

Sakinah meminta untuk orang ramai jangan libatkan suaminya dalam hal kerjayanya sebaliknya jika ada yang tidak puas hati terus salurkan kepadanya kerana itu tanggungjawabnya sebagai seorang pelakon.

“Wahai sang self rightoues holier than thou, please don’t involve my husband with your abusive freedom of speech.

“If you feel like you need to express your judgement and stress to a stranger, please channel it to me. It’s under my job description,” tulisnya dalam ruangan Insta Stories.

Hmmmm, bagi MH memang benar kata Sakinah. Sekirannya ada yang tidak puas hati lebih baik terus ke Sakinah, jangan libatkan suaminya dalam hal sebegini.

Paling penting, gunalah cara yang betul untuk menegur. Mungkin apa yang ingin disampaikan tu ada point-point yang boleh dipertimbangkan, tetapi hati-hati dengan penggunaan bahasa dan sebagainya. Elok-elok niat nak menegur dah jadi lain pula…

Apapun diharap Sakinah dan suami terus bersabar dengan apa sahaja komen daripada netizen.

Wow, nampaknya hari ini lelaki yang cuba menegur suami Sharifah Sakinah itu hangat diperkatakan.

Sejak dirinya meninggalkan komen yang agak melampau hingga melabelkan suami Sakinah sebagai ‘dayus’ hanya kerana beberapa sebab, namanya sering menjadi sebutan ramai.

MH telah diberitahu rupa-rupanya ‘lelaki’ tersebut hanyalah ‘rekaan’ dan telah mewujudkan akaun fake untuk kegunaan peribadinya.

Lebih terkejut rupa-rupanya gambar yang digunakannya itu adalah gambar kakak dan abang ipar kepada pelakon Mawar Rashid bersama anak mereka .

Mawar yang dihubungi berkata dia sangat terkejut apabila melihat Insta Stories Sakinah dan tidak menyangka ada pihak yang cuba membuka akaun dengan menggunakan nama yang lebih kurang sama dengan suami kepada kakaknya.

“Mula-mula saya ternampak Insta Stories Sakinah pasal dia kena bash dengan seorang lelaki , lepas tu bila tengok semula saya terkejut sebab akaun tersebut guna nama hampir sama dengan nama abang ipar.

“Lebih memeranjatkan bila tengok gambar akaun itu, kerana dia memakai gambar kaka, abang ipar dan anak mereka

“Setahu saya, abang ipar saya bukanlah sejenis individu yang layan benda-benda media sosial ni. Saya yakin dia memang tidak ada akaun Instagram,” jelas Mawar dengan tegas kepada kami.

Malah, Mawar turut memberitahu kini dia dan kakaknya itu sedang berusaha untuk ‘report’ akaun tersebut kerana ia akan menjejaskan nama dan reputasi mereka sekeluarga.

Bagaimanapun Mawar tetap berfikiran positif dan menolak semua ini mungkin tidak ada kena mengena untuk memporak perandakan keluarganya.

“Bagi Mawar mungkin dia tidaklah mempunyai agenda untuk mengenakan kami sekeluarga, tetapi biasalah fake akaun mereka akan guna gambar-gambar orang dengan random.

“Tetapi apa yang saya nak semua tahu, tolonglah jangan buat lagi fake-fake akaun seperti ini kerana ia akan memburukan nama orang dan mengeruhkan lagi keadaan,” tambahnya lagi.

Aduh apa punya manusia yang tidak bertanggungjawablah, sudahlah menegur dengan bahasa yang cukup kasar dan langsung tidak menjaga sensitiviti atau perasaan orang, kemudian ditambah pula dengan perbuatan tidak bermoral mencipta akau fake.

Haishhh macam-macam lah zaman sekarang ni! – mediahiburan

Dipenjara 15 Tahun, Isterinya Tidak Pernah Datang Melawat. Tetapi Siapa Sangka Setelah Keluar Penjara, ” Pemandangan Rumahnya” Membuatkan Dia TERKEJUT Dan TAK SANGGUP BERKATA-KATA..!!!

Untung saja dia punya istri yang kayak gini yah…

15 Tahun Lalu, Deni harus dihukum penjara karena tidak sengaja menabrak seseorang dan akhirnya harus dihukum 15 tahun penjara. Selama 15 tahun ini, orang tuanya tidak pernah datang melihatnya, bahkan istrinya yang baru menikah setahun dengannya pun sama sekali tidak pernah berkunjung. Deni tahu orang tuanya pasti marah besar karena dia merusak keluarga. Sedangkan istrinya, dia begitu lama di penjara, dia rasa istrinya pasti sudah menikah lagi dengan orang lain.

Hari itu, dia berdiri di depan penjara sangat lama, baru akhirnya mengangkat tas ranselnya melangkah lagi ke tempat yang sepertinya sangat dia kenal, namun juga sangat asing. Dia pulang ke rumahnya, namun siapa sangka ternyata di dalamnya bukan keluarganya. Menurut penghuni rumah itu, dia membeli rumah itu 14 tahun lalu.

Rumahnya sudah dijual, Deni hanya bisa merenung di depan pintu rumahnya dengan sangat lama. Kemana perginya kedua orang tuanya? Kemana dia harus mencari mereka?

Saat itulah ia teringat rumah tua milik orang tuanya di desa, dia merasa harusnya orang tuanya akan pulang ke sana. Akhirnya Deni pergi mencari teman lamanya untuk meminjam uang. Siapa sangka temannya juga sudah tidak tinggal di tempat yang sama. Karena kebingungan, akhirnya Deni hanya bisa mencari pekerjaan untuk mendapatkan uang agar bisa membeli tiket ke desa. Tapi karena dirinya baru keluar dari penjara, tidak ada tempat yang mau memberinya pekerjaan, sampai akhirnya Deni hanya bisa menjadi buruh bangunan. Setengah bulan kemudian, dia mendapatkan gajinya dan langsung membeli selembar tiket pulang ke desanya.

Waktu turun dari bus, dia melihat ke sekitar. Ini adalah rumah lama yang tak pernah ia datangi selama lebih dari 15 tahun. Dia kemudian perlahan melangkah sampai ke depan rumahnya, namun ia tidak berani masuk. Akhirnya ia hanya diam di depan rumah, sampai ada seorang remaja yang memperhatikan dia, kemudian bertanya siapa dia.

Deni kaget, kemudian dia melihat anak remaja itu.. Usianya mungkin baru 14 tahun, dia menggendong tas sekolah. Setelah terdiam sejenak, ia bertanya apakah rumah ini adalah rumah bapak Sudin, ayah Deni.

Remaja tadi mengangguk, baru saja ia mau mengatakan sesuatu, tiba-tiba pintu rumah dibuka, seorang wanita paruh baya keluar dari dalam rumah, usianya kurang lebih 40 tahun. Melihat remaja tadi, dia melambaikan tangan, 「Nak, itu siapa? Mama udah bilang berapa kali jangan banyak ngomong sama orang asing..」

Deni langsung mengenali suaranya, dia berputar, ternyata istrinya berdiri di sana. Istri Deni, Lani sudah tidak muda seperti dulu, bahkan dari wajahnya dia kelihatan kusam dan kelelahan, rambutnya bahkan sudah beruban. Deni tidak bisa menahan dirinya, dia langsung berteriak… 「Lani..!」

Lani memandang Deni sekian lama, baru melangkah keluar dan menggenggam tangannya. Tanpa sepatah katapun, ia menangis, remaja laki-laki tadi sama sekali tidak mengerti apa yang terjadi.

Di sanalah Deni bertemu dengan istrinya, bahkan baru tahu kalau anak remaja itu adalah putranya. Ibu deni terbaring di atas ranjang, sudah tidak bisa melakukan apa-apa. Hidup ibunya kini bergantung pada istri Deni, Lani. Lani yang merawat anak dan ibunya selama ini, sedangkan ayah Deni meninggal dunia tidak lama setelah Deni masuk penjara karena kecelakaan.

Ternyata, 15 tahun ini, banyak sekali kejadian yang tidak ia ketahui. Ibunya pingsan waktu tahu Deni masuk penjara, dia koma dan tidak bisa sadar lagi, kini dia menjadi manusia yang tak bisa sadarkan diri. Demi merawat sang ibu, Lani menjual rumah mereka dan kembali ke desa. Sambil merawat ibu mertua, Lani yang sedang hamil besar juga harus bekerja.

Setelah Deni masuk penjara, Lani baru mengetahui kehamilannya. Siapa sangka tidak lama kemudian ayah mertuanya meninggal, sedangkan ibu mertuanya masih dirawat di rumah sakit. Dia tidak punya waktu untuk menjenguk Deni. dia sibuk merawat ibu mertuanya sampai pindah ke desa. 15 tahun berlalu, Lani bahkan suka merasa bersalah karena tidak pernah menjenguk Deni.

Sejak saat itulah, setiap harinya, Deni selalu bekerja keras demi istri, ibu dan putranya. Kini seberapa lelah pun, dia merasa amat bahagia, dia memiliki seorang istri luar biasa yang mengorbankan masa mudanya demi keluarganya.

Anaknya hanya melihat dari samping, bahkan tak sanggup memanggilnya papa, namun Deni tidak patah semangat, ia selalu membina hubungan secara perlahan dengan putranya.

3 tahun kemudian, Deni berhasil membeli sebuah rumah yang lebih layak bagi ibu dan istrinya, dia juga berhasil menyentuh hati anaknya dengan segala perbuatannya. Saat itulah pertama kalinya putranya memanggilnya papa, itu merupakan hadiah yang sangat besar bagi Deni. Deni merasa hidupnya sekarang sangatlah bahagia, segala yang ia dapatkan sekarang, itu adalah pengorbanan sang istri.

SUMBER

[ VIDEO ] Alahai Sweetnya… Ada Apa Apa Ke Nie??Anak Sheila Rusly Melutut Bagi Bunga Pada Janna Nick.

TINDAKAN penerbit Sheila Rusly memaparkan gambar dua anak lelakinya, Uzair Haqimy dan Luth Mikhail bersama Janna Nick berserta keterangan ‘MyNyawa’ di laman Instagram mengundang persepsi masyarakat yang menganggap Janna bakal dijodohkan dengan salah-seorang anaknya.

Janna, 22, ketika ditemui menafikan perkara ini dan berkata, hubungannya dengan keluarga Sheila ibarat sebuah keluarga.

“Memang tidak terlintas langsung soal ini di fikiran saya. Semua orang tahu kak Sheila tiada anak perempuan dan mempunyai dua anak lelaki.

“Jadi, dia melayan saya seperti anak perempuan yang lebih dekat dengannya,” katanya.

Bagi Janna, apabila anak-anak Sheila meningkat dewasa, mereka buat hal sendiri dan sebagai ibu, Sheila memerlukan seorang anak perempuan yang boleh dijadikan kawan yang boleh dibawa bercerita dan berkongsi apa saja.

“Saya memahaminya dan dia faham dengan saya. Apapun saya ambil itu sebagai satu perkara yang baik untuk mengeratkan silatulrahim antara kami.

“Ia satu anugerah buat saya di mana mereka sayangkan saya yang bukan darah daging mereka seperti saudara sendiri,” katanya.

Janna turut menolak dakwaan dirinya serasi jika dijodohkan dengan anak sulung Sheila kerana Haqimy lebih muda daripadanya dan baru berusia 21 tahun.

“Saya sudah anggap mereka seperti adik sendiri dan tiada apa-apa perasaan, tetapi andai dikatakan takdir dan ketentuan jodoh saya tidak boleh elak.

“Mana tahu suatu hari akan berlaku begitu, tapi buat masa sekarang inilah yang boleh saya katakan,” katanya.

Dalam pada itu, Janna mengakui dia ikhlas akrab dengan keluarga Sheila dan bukan kerana kepentingan peribadi.

“Saya baik dengan kak Sheila bukan atas dasar menagih tawaran berlakon. Pembabitan saya dengan JS Pictures pun tidaklah banyak.

“Bahkan jadual berlakon saya dengan produksi lain sangat padat. Keakraban kami hanyalah seperti saudara serta ibu dan anak,” katanya.

Baru2 Ini Janna Nick Meraikan Birthday Haqimy Dengan Menyanyikan Lagu Popularnya Dan Haq Melutut Bagi Bunga kepadanya. Sweet sgt.

Sila Menonton Video Ini


TINDAKAN penerbit Sheila Rusly memaparkan gambar dua anak lelakinya, Uzair Haqimy dan Luth Mikhail bersama Janna Nick berserta keterangan ‘MyNyawa’ di laman Instagram mengundang persepsi masyarakat yang menganggap Janna bakal dijodohkan dengan salah-seorang anaknya.

Janna, 22, ketika ditemui menafikan perkara ini dan berkata, hubungannya dengan keluarga Sheila ibarat sebuah keluarga.

“Memang tidak terlintas langsung soal ini di fikiran saya. Semua orang tahu kak Sheila tiada anak perempuan dan mempunyai dua anak lelaki.

Jadi, dia melayan saya seperti anak perempuan yang lebih dekat dengannya,” katanya.

Bagi Janna, apabila anak-anak Sheila meningkat dewasa, mereka buat hal sendiri dan sebagai ibu, Sheila memerlukan seorang anak perempuan yang boleh dijadikan kawan yang boleh dibawa bercerita dan berkongsi apa saja.

“Saya memahaminya dan dia faham dengan saya. Apapun saya ambil itu sebagai satu perkara yang baik untuk mengeratkan silatulrahim antara kami.

“Ia satu anugerah buat saya di mana mereka sayangkan saya yang bukan darah daging mereka seperti saudara sendiri,” katanya.

Janna turut menolak dakwaan dirinya serasi jika dijodohkan dengan anak sulung Sheila kerana Haqimy lebih muda daripadanya dan baru berusia 21 tahun.

“Saya sudah anggap mereka seperti adik sendiri dan tiada apa-apa perasaan, tetapi andai dikatakan takdir dan ketentuan jodoh saya tidak boleh elak.

“Mana tahu suatu hari akan berlaku begitu, tapi buat masa sekarang inilah yang boleh saya katakan,” katanya.

Dalam pada itu, Janna mengakui dia ikhlas akrab dengan keluarga Sheila dan bukan kerana kepentingan peribadi.

“Saya baik dengan kak Sheila bukan atas dasar menagih tawaran berlakon. Pembabitan saya dengan JS Pictures pun tidaklah banyak.

“Bahkan jadual berlakon saya dengan produksi lain sangat padat. Keakraban kami hanyalah seperti saudara serta ibu dan anak,” katanya.

Janna Nick Tiada Perasaan Terhadap Anak Lelaki Sheila Rusly

Izzati Ramli
Baru-baru ini pelakon, pengarah dan juga penerbit, Sheila Rusly ada memuat naik foto di akaun instagramnya yang memaparkan gambar dua anak lelakinya bersama pelakon wanita popular, Janna Nick dengan kapsyen ‘MyNyawa’.

Perkongsian Sheila itu telah mendapat perhatian daripada netizen dan ada yang membuat spekulasi bahawa Janna bakal dijodohkan dengan salah seorang anaknya.

Menurut sumber daripada sebuah portal hiburan, Janna telah menafikan perkara tersebut dan mengatakan bahawa hubungannya dengan keluarga Sheila sudah ibarat seperti sebuah keluarga.

“Memang tidak terlintas langsung soal ini di fikiran saya. Semua orang tahu kak Sheila tiada anak perempuan dan mempunyai dua anak lelaki.

“Jadi, dia melayan saya seperti anak perempuan yang lebih dekat dengannya,” katanya.

Menurut Janna lagi, bagi dirinya, apabila anak-anak Sheila sudah pun meningkat dewasa, mereka sudah mula buat hal sendiri dan sebagai seorang ibu tentunya Sheila memerlukan seorang anak perempuan yang boleh dijadikan sebagai kawan untuk berkongsi apa sahaja.

“Saya memahaminya dan dia faham dengan saya. Apapun saya ambil itu sebagai satu perkara yang baik untuk mengeratkan silatulrahim antara kami.

“Ia satu anugerah buat saya di mana mereka sayangkan saya yang bukan darah daging mereka seperti saudara sendiri,” katanya.

Janna turut menolak dakwaan yang mengatakan dia dilihat serasi jika dijodohkan dengan anak sulung Sheila Rusly.

“Saya sudah anggap mereka seperti adik sendiri dan tiada apa-apa perasaan, tetapi andai dikatakan takdir dan ketentuan jodoh saya tidak boleh elak.

“Mana tahu suatu hari akan berlaku begitu, tapi buat masa sekarang inilah yang boleh saya katakan,” katanya.

Janna turut mengakui bahawa hubungannya dengan keluarga Sheila adalah ikhlas dan bukan kerana kepentingan peribadi.

Sumber : Harian Metro/ Youtube Alya Adriana