“Cek dulu tayar sebelum pergi” Hati-hati siapa yang parking kereta di ERL Salak Tinggi

Sekarang ini, pelbagai taktik yang digunakan oleh sesetengah untuk memerangkap mangsa mereka bagi mengaut keuntungan dengan cara yang mudah. Tidak pasti sama ada terdesak akibat tekanan ekonomi ataupun malas semata-mata, golongan ini dilihat tidak teragak-agak untuk memperdayakan mangsa mereka untuk tujuan peribadi.

Terbaru, seorang pengguna Facebook telah berkongsi pengalaman tayar kereta beliau yang hampir dipancitkan oleh individu yang tidak dikenali ketika meletakkan keretanya itu di parking bertingkat ERL Salak Tinggi.

Menurut Wan Al-Ter, kejadian yang berlaku pada 21 Mei 2018 itu hanya disedari oleh beliau ketika mahu memasuki keretanya pada jam 10.45 malam setelah melihat dua batang paku yang terpacak pada tayar belakang keretanya, di sebelah kanan pemandu.

Tambah Wan lagi, kebetulan petak parking disebelahnya itu kosong pada waktu itu telah memudahkan beliau menyedari dengan segera sebelum berlaku sebarang kerosakan pada tayar kenderaanya itu. Baca luahan beliau di Facebok di bawah.

Ditakdirkan, kebetulan sebelah kereta aku tiada kereta yang parking. Jadi, ternampak 2 biji paku terpacak bawah tayar depan dan belakang (sebelah kanan pemandu).

Rezeki haram juga yang hang cari dalam bulan puasa ni.

Kalau lah kena tadi, kan dah menyusahkan aku sekeluarga.

Kalau ikutkan hati, aku nak cari sampai dapat siapa yang buat ni. Paku pun aku dah ambil dengan guna tisu untuk kekalkan cap jari. Tapi, aku serahkan pada pengurusan parking ERL salak tinggi untuk ambil tindakan.

VIDEO :

Harap-harap sesiapa yang selalu guna parking ERL Salak Tinggi, mohon check dulu tayar sebelum bergerak. Kemungkinan besar taktik ini akan diteruskan selagi mereka tak kantoi.

Hm, kenapalah kereta aku juga yang hampa target ni. Tengok kereta sebelah lain tenang je oi.

Sila viralkan untuk kesejahteraan tayar rakyat Malaysia.

Selamat berpuasa semua.

Makan duit dari hasil kesusahan orang lain.

Tak ada CCTV ke?

Kalau jumpa, bagi makan paku.

Kira halal sajalah.

Sumber : Wan Al-Ter / Ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jumlah Wang Tunai dalam 11 Beg Daripada 26 Beg Berisi Wang Tunai Yang Di Rampas Di Rumah Bekas PM Najib Telah Terjawab,Peguam Datuk Seri Najib Pula Umum Letak Jawatan

KUALA LUMPUR: Wang tunai berjumlah puluhan juta Ringgit Malaysia (RM) yang disimpan dalam 11 beg, selesai menjalani proses pengiraan oleh pasukan penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di ibu pejabatnya dekat Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini, malam tadi.

Sebelas beg terbabit adalah sebahagian daripada 72 beg bagasi disita polis dalam pemeriksaan terhadap tiga unit kediaman milik keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kenalannya bergelar Tan Sri dari pangsapuri mewah, Pavilion Residences di sini, pada Jumaat lalu.

Difahamkan, pagi tadi, sebanyak 26 beg berisi wang tunai dibawa ke bangunan terbabit untuk proses pengiraan, namun hanya 11 beg selesai menjalani proses pengiraan malam tadi.

Susulan itu baki 15 beg yang masih belum dikira dilihat dibawa keluar bermula jam 8.55 malam tadi sebelum dimasukkan ke dalam lori polis yang menunggu di tingkat bawah lobi menara berkenaan.

Sepasukan pegawai dan anggota polis membawa keluar kurang 30 beg-beg mengandungi wang tunai pelbagai matawang selepas proses pengiraan selesai dijalankan di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, di sini, jam 9 malam tadi. – Foto Luqman Hakim Zubir

Proses membawa wang berkenaan dikendalikan pegawai dan anggota JSJK dengan kawalan ketat anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman.

Tepat jam 9 malam tadi, lori berkenaan diiringi dua kereta peronda polis (MPV) model Mitsubishi Lancer dan empat motosikal polis trafik serta lima kereta Proton Preve dipercayai menuju ke Bukit Aman.

Tidak lama kemudian, 11 lagi beg berisi wang yang sudah dikira turut dibawa keluar dari bangunan terbabit untuk dihantar ke Bank Negara Malaysia (BNM).

Wartawan yang melakukan tinjauan mendapati sepasukan pegawai dan anggota polis membawa keluar 26 beg itu dengan diberi kawalan ketat.

Anggota polis membawa 15 dari 26 beg mengandungi wang tunai yang belum selesai dikira dari Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Menara KPJ, ke Bukit Aman. – Foto Sairien Nafis

Beg terbabit adalah sebahagian daripada 72 beg diambil pihak JSJK Bukit Aman Khamis lalu di Pavilion Residences, di sini, selepas siasatan dilakukan sejak Rabu lalu.

Berdasarkan maklumat diperoleh, proses pengiraan wang dilakukan oleh pegawai dan anggota JSJK bermula sekitar jam 10 pagi tadi.

Proses pengiraan mengambil masa yang panjang disebabkan jumlah wang terlalu banyak, termasuklah membabitkan pelbagai mata wang asing.

Selain itu, anggota penyiasat JSJK juga perlu merekodkan setiap nombor siri setiap mata wang berkenaan untuk dijadikan bukti dalam proses siasatan susulan.

Sementara itu, berdasarkan maklumat lain diperoleh, sebuah bank akan menjalankan proses pengiraan nilai semua barang kemas dan jongkong emas yang dirampas dalam serbuan sebelum ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara berkenaan enggan mengulas lanjut proses pengiraan wang yang sedang dijalankan pihaknya.

Ini bagi mengelakkan wujudnya pelbagai spekulasi tidak benar berhubung wang tunai dan barang yang dirampas dalam pemeriksaan JSJK sebelum ini.

PEGUAM TARIK DIRI

Lawyer, Harpal Singh Grewal has quit as Najib Abdul Razak’s lawyer, hours before the former prime minister of Malaysia was slated to be questioned by the MACC.

Harpal confirmed that he had withdrawn as Najib’s lawyer after a meeting at his client’s home in Taman Duta last night, according to Berita Harian.

Peguam Datuk Harpal Singh Grewal dan M Athimulan menarik diri sebagai peguam mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Harpal Singh sebelum in isering memberi kenyataan tentang keadaan DS Najib ketika rumahnya diserbu pihak berkuasa.

Beliau telah mengesahkan menarik diri selepas mengadakan pertemuan dengan DS Najib di kediamannya di Langgak Duta, Taman Duta, semalam.

“Ya, saya sahkan sudah menarik diri sebagai ahli guaman mewakili Najib.

“Selain saya, seorang lagi rakan iaitu Athimulan turut menarik diri,”.

Dalam perbualan itu Harpal Singh menyatakan dia serta Athimulan menarik diri secara sukarela dan bukannya dipecat oleh Najib.

Untunglah Mereka… As’ad Motawh naik helikopter pusing Las Vegas

PENYANYI remaja As’ad Motawh dan Farisha Irish berpeluang menghadiri Billboard Music Awards 2018 (BBMA 2018) yang berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat pada malam Ahad (waktu tempatan).

Menerusi muat naik di laman Instagram, As’ad ada berkongsi momen menarik sepanjang dia berada di acara tersebut.

Menurut pihak pengurusan As’ad iaitu Beegood Music, penyanyi berusia 17 tahun itu berlepas pada Jumaat dan akan kembali ke Malaysia pada Selasa ini.

As’ad dan Farisha di Kota Las Vegas menyaksikan BBMA 2018.

“As’ad bersama Farisha Iris diundang menyaksikan siaran langsung BBMA 2018 di Kota Las Vegas.

“Tawaran ini datang daripada pihak Unifi dan ia merupakan satu peluang yang sangat berharga untuk mereka,” katanya kepada mStar Online.

 

 

 

 

Limousine at Las Vegas 🌹

A post shared by Farisha Irish (@farisha_irish) on

Dalam rakaman yang lain, As’ad turut berkongsi pengalamannya menaiki helikopter mengelilingi Kota Las Vegas.

Wow, beruntung betul As’ad Motawh dan Farisha Irish dapat menyaksikan kemeriahan malam kemuncak Billboard Music Awards 2018 serta bertemu dengan penyanyi popular dunia!

Tonton video penuh yang disediakan mStar Online.

Kredit – Mstar

sumber

Memanggil Anak Tirinya Sebagai ‘My Lil Raden’ – Ini Penjelasan Mawar Rashid

Mawar ikhlas menyayangi dua anak tirinya, Raden Ahmad Rayyan, 7 dan Raden Seri Raysaa, 3 tahun. Foto Instagram @mawarrashid

PELAKON Mawar Rashid menjelaskan dia tidak pernah berhasrat mengambil tempat sebagai ibu kandung kepada dua anak tirinya hanya kerana dia menunjukkan kasih sayang terhadap mereka.

Sebaliknya kata Mawar, 23, dia sentiasa menghormati wanita yang disifatkan sebagai cekal dalam membesarkan anak-anaknya sebagai ibu tunggal.

“Saya amat menghormati ibu kandung anak-anak saya ini. Mummy saya juga seorang ibu tunggal dari saya berumur lima tahun, saya faham perasaannya.

“Saya tahu betapa payahnya membesarkan anak-anak sebagai ibu tunggal. Mummy saya menjaga kami tujuh orang adik-beradik tanpa bantuan sesiapa. Susah payah dan pahit getir Mummy saya membesarkan kami dengan penuh kasih sayang dan kesabaran,” katanya.

Pertikaian pengikut di Instagram membuatkan Mawar bersuara.

 

My Lil Raden, you’re the sweetest! Just like your papa 🤪 @radenahmadrayyan

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

 

🌹Throwback picture, Raya last year🌹 🌹🌹 Maaf ya semua. Mawar tak pernah Post reply macam ni, Tapi kali ni Mawar kena explain luahan hati Mawar agar tidak menimbul salah faham netizen. 🌹🌹 @arizul11 First of all, apabila saya sebut my Little Raden, itu kerana saya jujur & ikhlas menyayangi dia. Pabila dalam waktu yang sesuai, jika saya menyayangi sesuatu atau seseorang, saya akan post & luahkan perasaan cinta saya terhadap apa sekalipun. Terutamanya anak2 tiri saya ini, yang mana anak2 ini saya telah anggap seperti anak kandung saya sendiri. Jika Allah beri saya rezeki cahaya mata satu hari nanti, tiada perbezaan diantara anak kandung saya & anak2 tiri saya. Saya akan terapkan sifat kasih sayang yang sama rata & adil, supaya mereka membesar dalam ketenangan dan penuh kebahagian. • Jika gambar itu sesuai & cantik untuk saya post di ruangan kenangan saya di social media, saya akan post demi mengingati kenangan terindah itu. Seperti mana saya post tentang suami saya, tentang ibu dan ibu mertua saya, keluarga saya dan keluarga Raf juga. Tiada niat yang lain selain itu. Kerana cara saya, saya akan menyimpan kenangan yang membahagiakan saya. • Saya tahu Ibu kandung kepada anak2 tiri saya ini seorang yang penyayang juga, seorang single mother yang cekal dan anak2 ini lah dunia akhiratnya, sudah semestinya dia bersyukur bila saya ikhlas menyayangi anak2 ini seperti anak saya sendiri. Dan pabila saya bercakap tentang perasaan saya menyayangi anak2 saya ini, tiada istilah kata yang saya tidak menghormati Ibu kandungnya. Saya amat menghormati ibu kandung anak2 saya ini. Mummy saya juga seorang single mother dari saya berumur 5 tahun, saya memahami perasaan seorang single mother. Dan saya tahu betapa payahnya membesarkan anak2 sebagai single mother. Mummy saya menjaga kami 7 orang adik beradik, tanpa bantuan sesiapa. Susah payah and pahit getir mummy saya membesarkan kami dengan penuh kasih sayang & kesabaran. • Sambungan di gambar terakhir saya. Salam Ramadhan semua ❤

A post shared by MAWAR RASHID (@mawarashid) on

 

Mawar berkata demikian di Instagram selepas salah seorang pengikutnya menyelar tindakan dia memanggil anak tirinya sebagai ‘My Lil Raden’ kerana anak-anak itu masih mempunyai ibu kandung.

Anak-anak tersebut ialah Raden Ahmad Rayyan, 7, dan Raden Seri Raysaa Chanela, 3, hasil perkahwinan terdahulu Raf Yaakob.

Dalam pada itu, Mawar berkata, bekas isteri Raf mengetahui dia ikhlas dia menyayangi anak-anak berkenaan seperti anak dia sendiri.

“Saya tahu ibu kandung kepada anak-anak tiri saya ini seorang yang penyayang juga, seorang ibu tunggal yang cekal dan anak-anak inilah dunia dan akhiratnya.

Mawar bersama suami, Raf Yaakob.

“Sudah semestinya dia bersyukur bila saya ikhlas menyayangi anak-anak ini seperti anak saya sendiri dan apabila saya bercakap tentang perasaan saya menyayangi anak-anak saya ini, tiada istilah kata yang saya tidak menghormati ibu kandungnya,” katanya.

Sementara itu, Mawar menjelaskan dia menggunakan ganti nama ‘My Lil Raden’ yang merujuk kepada Radin Ahmad Rayyan kerana dia jujur dan ikhlas menyayangi kanak-kanak itu.

Jelasnya lagi, sekiranya dia dikurniakan cahaya mata sendiri suatu hari nanti, kasih sayangnya pada anak tirinya tidak akan berubah kerana telah menganggap mereka seperti anak sendiri.

“Jika Allah beri saya rezeki cahaya mata satu hari nanti, tiada perbezaan di antara anak kandung saya dan anak-anak tiri saya. Saya akan terapkan sifat kasih sayang yang sama rata dan adil, supaya mereka membesar dalam ketenangan dan penuh kebahagian.

Pasangan ini berkahwin pada 9 November tahun lalu.

“Saya muat naik gambar demi mengingatkan kenangan terindah seperti mana saya lakukan tentang suami, ibu dan mertua saya serta keluarga kedua-dua belah pihak.

“Tiada niat lain kerana itu cara saya, saya akan simpan kenangan yang membahagiakan saya,” katanya.

Mawar berkahwin dengan Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob, 33, pada 9 November 2018 dan buat masa ini masih belum ada tanda-tanda Mawar hamil.

sumber

Mahkamah Tolak Tuntutan Azmi Hatta – Ini Pendedahan Mengejutkan Elly Mazlein

Baru sebentar tadi pelakon popular, Elly Mazlein ada memuat naik satu video mendedahkan perkembangan terkini hubungannya dengan bekas suami.

Penyanyi dan pelakon ini telah meluahkan rasa syukur apabila pihak mahkamah dikatakan telah menolak tuntutan bekas suaminya untuk memenjarakan dirinya.

Di bahagian caption, Elly telah menulis dengan panjang lebar dan antaranya adalah bekas suaminya, Azmi Hatta mendakwa Elly sebagai seorang ibu yang tidak bertanggungjawab.

Ini video panas tersebut:

Ini tulisnya panjang lebar:

“Assalamualaikum semua. Alhamdulillah di bulan yg Mulia kakak lina dpt keadilan

“Syukur Alhamdulillah. Mahkamah tolak tuntutan Azmi Hata utk Penjarakan kakak lina

“Salah satu alasan Azmi Hata adalah , azmi kata kakak lina mama yg tidak bertanggungjwb kpd Sefhia

“Azmi Hata sgt kejam punya impian nak pisahkn kakak lina dgn manja. Tak tahu la bile agaknya Azmi Hata nak move on

“Sepatutnya ikut akal logic, kakak lina la yang lebih patut berdendam sebab Azmi Hata dah nikah, dah ada baby, keluarga sempura

“Kalau nak dibandingkan dgn kakak lina selepas bercerai smpai skrg belum bernikah , hanya ada sefhia dan menjaga abah .. mama dah meninggal

“Mereka lebih sempurna tetapi mengapa mereka masih berdendam dan tidak abis2 nak seksa dan kacau kehidupan kami 3 beranak

“Tak ape dugaan utk kakak lina .. InsyaAllah kakak lina x akn mngalah

“Lepas ni kakak lina akan usahakan pula, nak usulkan cadangan utk meminta pihak produksi yg Azmi Hata sedang bekerja utk meminta pihak produksi tersebut memotong gaji @azmi_hata setiap bulan utk pembayaran nafkah sefhia yg hanya rm1500

“Azmi Hata wajib memberi nafkah kepada sefhia.. kakak lina bersyukur dan kakak lina mampu sara sefhia dgn rezki yg Allah bg ni, InsyaAllah ..cuma kakak lina nak @azmi_hata bertanggungjwb kpd sefhia .. tu duit sefhia, hak dia

“Moga kisah kakak lina menjd iktibar buat semua

“Tq buat En Mahyuddin selaku peguam kakak lina yg telah menjlnkan tugas dgn baik sekali..syukur rezki kita

“Buat @azmi_hata Nak nikah berderet boleh.. nak anak ramai boleh.. tp bayarlah nafkah anak

“Dah la duit hantaran nikah dulu pun kakak lina x dpt.. duit iddah selepas bercerai pun x dpt .. tp kakak lina x kisah , kakak lina halal kan

“Tapi duit manja kau jgn buat hal ye .. aku panggil #hanani rambut kuih lompang coklat gi jumpa kau, baru kau tau.

Itulah pendedahan mengejutkan dari Elly Mazlein. Semoga sabar dengan dugaan bulan Ramadhan ini.

Kredit: Instagram Elly Mazlein

sumber

“Mungkin ini semua kifarah hidup… Kun Faya Kun” – Izreen Azminda

Antara artis yang paling banyak mencetuskan kontroversi sepanjang tahun lalu dan tahun ini sudah tentu Izreen Azminda.

Kisah perkahwinannyang sentiasa menajdi bualan orang ramai dan masyarakat. Izreen pada mulanya berkahwin sebagai isteri kedua dan kini suaminya telah menceraikan isteri pertama, Intan Liana.

Kisah ini terus memperlihatkan dirinya sebagai punca keruntuhan rumah tangga antara Ude Wahid dan juga Intan Liana.

Apa lagi, memang teruk Izreen Azminda dan juga Ude Wahid dikecam oleh para netizen.

DAH TERIMA BALASAN, KIFARAH HIDUP

Kini Izreen Azminda akui, dirinya sudah menerima balasan dan ianya merupakan kifarah kehidupan.

Ini komennya:

“Inilah ujian paling berat diterima selama lebih 12 tahun menjadi anak seni… Mungkin boleh saya simpulkan sebagai kifarah hidup.”

“Mungkin ini semua kifarah hidup… Kun Faya Kun, jadi, maka jadilah ia.

“Saya, suami dan pihak di sana mungkin pernah melakukan kesilapan, jadi kami ditimpa dengan ujian hidup.

“Jujurnya, saya terlalu sibuk bekerja sepanjang lebih satu dekad, ada kala saya alpa dan lalai dengan perintah Tuhan. Allah pemberi rezeki dan Dia boleh merentapnya sekelip mata.

“Allah menjentik saya supaya kembali mengingati dan mendekatkan diri dengan-Nya. Mulanya, saya berat menerima ujian ini, tetapi saya harus reda,”

AKUI REZEKI TERJEJAS

Izreen juga kui kontroversi itu menjejaskan kariernya sebagai selebriti.

“Mana-mana selebriti yang dilanda kontroversi pasti berdepan kesan buruk terhadap kerjaya. Tetapi saya bersyukur, kehidupan saya masih sama, ada saja rezeki lain yang diberikan.

“Allah membuka jalan lain untuk saya mencari rezeki. Masih ada rezeki untuk saya menyelesaikan perbelanjaan diri dan keluarga.

“Saya percaya Allah menimpakan saya ujian sebelum memberi kebahagiaan. Tidak semua manusia diberikan ujian seberat saya, jadi berterima kasihlah kepada Tuhan kerana tidak melalui perjuangan yang pahit ini,”

MAAFKAN ORANG RAMAI, IKUT PESAN IBU

Kata Izreen lagi, dia kini telah maafkan semua netiozen yang sibuk mengehntamnya kerana kontroversi lalu.

“Ada yang mempertikaikan kenapa saya pula beriya-iya memaafkan netizen, sedangkan saya dilihat bersalah? Tidak berdosakah apabila kita memaki hamun, mencarut dan membuat fitnah?

“Ada masanya saya malu melihat mereka yang mengutuk dan menghina saya, seperti tiada lagi keampunan. Mereka tidak berada dalam kehidupan saya dan Ude,” katanya.

“Ibu berpesan, apabila memaafkan orang ketika hati sedang marah dan memberontak, insya-Allah, saya beroleh ketenangan dan kesabaran.

“Ya, saya melakukannya, saya kosongkan hati, maafkan semua orang. Saya rasa puas dan tenang selepas itu. Katalah apa saja, saya tidak mahu ambil kisah lagi.

“Saya juga akan menutup ruangan komen dalam laman Instagram buat selama-lamanya. Saya tidak mahu melihat perbalahan, keji mengeji dan komen ‘sampah’ lagi. Saya tidak suka bangsa sendiri mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, sedangkan saya lihat mereka adalah kaum ibu dan mempunyai anak-anak,”

JAGA AIB

Izreen juga akan menjaga kisah dalam kainnya dan akan menjaga aib keluarga.

“Bagi saya dan suami, kami tidak perlu berkongsi kisah luar atau dalam kain, siapa betul dan salah, biarlah waktu yang menentukannya.

“Menghukum orang tanpa tahu kebenarannya adalah berdosa. Jadi, tidak perlulah terlalu taasub dan emosi terhadap kehidupan orang lain. Tolong hormati kehidupan kami,”

KINI SEDANG BAHAGIA

Setelah 6 bulan hidup sebagai isteri Ude, kini Izreen benar-benar sedang dalam fasa bahagia.

“Saya mahu menjadi isteri yang terbaik buatnya. Keruntuhan rumah tangga sebelum ini menjadi pengajaran terbesar buat saya dan Ude. Kami bukan saja mahu memperbaiki kekurangan, malah ingin menjadi insan lebih baik untuk kehidupan baharu ini.

“Saya akui, dulu saya dan bekas suami terlalu sibuk bekerja. Bayangkan, saya terbang ke Korea Selatan sehari selepas bernikah. Kami tidak banyak masa bersama.

“Saya percaya, masa itu emas dan ia amat berharga bagi setiap perkahwinan. Dulu, kami sentiasa sibuk dan berjauhan,”

Begitulah pengakuan dari pelakon, Izreen Azminda tentang kehidupannya.

sumber

Ayah menyamar jadi waiter sebab lama tak jumpa anak dia sebab keje di Qatar 3 tahun

(Sila tonton video di bawah )

3 tahun dah tak jumpa ayah dia sbb kerja di Qatar..

Ayh dia menyamar jdi waiter sekali anak dia perasan terus berjurai air mata.. rindu pulak kat mak ayah kat kampung..hargailah ibu bapa selagi mereka masih ada

menangis ingat kat ayah

video :

Sempena Ramadhan yang mulia ini sama sama lah kita pupuk hubungan kekeluargaan lebih erat in sha Allah

sumber : FB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

sumber

Amaran Dari DSAI..!!! Najib Diminta Cari Peguam Yang Terbaik

JAKARTA: Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata siasatan terhadap Datuk Seri Najib Razak berhubung kes SRC International Sdn Bhd, akan dilakukan secara adil dan bebas.

Anwar meminta semua pihak tidak menjatuhkan hukuman terhadap bekas Perdana Menteri itu sebelum siasatan rapi dan pelaksanaan undang-undang dipatuhi sepenuhnya.

Namun nasihatnya kepada Najib: “Kepada beliau (Najib) nasihat saya, cari peguam bela yang baik,” katanya selepas mengadakan pertemuan dengan bekas Presiden Indonesia Bacharuddin Jusuf Habibie, bersempena sambutan 20 tahun reformasi Indonesia di sini, hari ini.

Anwar yang mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada 16 Mei lalu, berharap apa juga siasatan terhadap Najib akan dilakukan secara adil dan bebas.

Pengampunan penuh Anwar dibentang dan dipertimbangkan dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan selaras dengan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Anwar, 71, menjalani hukuman lima tahun penjara pada Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan bersalah atas sabitan meliwat.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Datuk Seri Azam Baki sebelum ini berkata Najib dikehendaki hadir ke ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya, Selasa ini, bagi membantu siasatan SPRM melibatkan kes SRC International Sdn Bhd.

SRC International ialah anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.

Pada 26 Januari 2016, media melaporkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengesahkan bahawa tiada sebarang kesalahan jenayah dilakukan Najib berkaitan kes membabitkan dana RM2.6 bilion dan SRC International.

Mengenai pertemuan dengan Presiden Indonesia ketiga, Bacharuddin atau lebih dikenali BJ Habibie yang berlangsung hampir tiga jam di kediaman BJ Habibie di Jalan Patra Kuningan, di sini, Anwar berkata pertemuan itu atas undangan BJ Habibie, bersempena sambutan ulang tahun ke-20 Reformasi Indonesia.

Anwar berkata tahun 1998 adalah tahun keramat bagi Malaysia dan Indonesia dan tarikh 21 Mei 1998 diingati rakyat Indonesia sebagai tarikh jatuhnya rejim Orde Lama dan bermulanya zaman peralihan kuasa serta pengukuhan institusi demokrasi yang berlaku dengan pentadbiran Presiden BJ Habibie.

“Sementara itu, pada 2 September 1998 diingati rakyat Malaysia sebagai tarikh bermulanya kejatuhan rejim Barisan Nasional (BN) yang akhirnya selesai hampir dua dekad kemudian pada 9 Mei 2018,” katanya.

Anwar berkata pertemuan dan perbincangan dengan BJ Habibie akan mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua negara serta memperkukuh iltizam melaksana agenda reformasi di Malaysia.

Selain itu Anwar berkata kerajaan PH akan melaksanakan agenda secara lebih spesifik, antaranya mengukuhkan lagi badan kehakiman, kebebasan media yang lebih adil dan program pembasmian kemiskinan yang lebih tersusun. – BERNAMA

sumber – BH

Mohamad Sabu Kena Siasat Lima Skandal Pembelian Tak Masuk Akal Dalam Kementerian Pertahanan

Centre for Malaysian Political And Economic Transcendence (Competent) menggesa Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyiasat lima skandal dalam kementerian itu ketika era pemerintahan BN.

Ketua Eksekutif Competent, Wan Anwar Wan Ibrahim mahu Mohamad menyiasat pembaziran dan salah guna kuasa melibatkan pebelian aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Beliau berkata, pelantikan Mohamad sebagai Menteri Pertahanan adalah keputusan tepat sebagai kerana beliau lantang mempersoalkan salah laku dan pembaziran ketika pemerintahan kerajaan BN sebelum ini.

“Kami mahu menteri pertahanan membuka kembali fail siasatan kes pembelian beberapa unit Rapid Intervention Vehicle (RIV) yang pernah mendapat perhatian Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar selepas menegur harganya yang terlalu mahal.

“Harga yang dilaporkan adalah RM690,000 seunit, sedangkan baginda sultan pernah membelinya pada harga RM150,000 sahaja. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku menteri pertahanan ketika itu berjanji akan membuka kertas siasatan namun sehingga kini kes itu senyap,” katanya dalam satu artikel, hari ini.

Beliau menambah, pembelian 257 unit Armored Personnel Vehicle daripada syarikat Turki berharga RM7.5 bilion juga perlu diberikan perhatian.

“Harga tersebut dikatakan naik mendadak daripada harga asal RM1.76 bilion seperti dilaporkan akhbar Turki sewaktu perjanjian ditandatangani pada 2011.

“Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara ketika itu, Tony Pua pernah mempersoalkan perkara ini di Parlimen namun tidak dijawab oleh menteri pertahanan,” katanya.

Selain itu, beliau juga menggesa Kementerian Pertahanan mengkaji semula polisi komisen melampau kepada syarikat broker yang berurusan dalam pembelian aset ATM.

“Perkara ini menjadi buah mulut rakyat apabila Perimekar Sdn Bhd milik Razak Baginda yang juga sahabat kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendapat habuan RM535 juta mengikut kadar hari ini dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.

“Skandal ini menjadi lebih hangat lagi apabila Razak Baginda dikaitkan dengan kematian model Mongolia Altantuya Shaaribuu yang masih menjadi misteri sehingga kini,” katanya.

Wan Anwar turut mendesak pembekal atau kontraktor kepada Kementerian Pertahanan yang pernah terlibat dengan projek sakit disenarai hitam dan disaman kerana kerugian yang ditanggung.

“Contohnya, projek pembinaan 27 unit Patrol Vessels berharga hampir RM1 bilion seunit yang gagal disempurnakan mengikut jadual oleh syarikat PSC-Naval Dockyard.

“Syarikat ini dimiliki Tan Sri Amin Shah yang diketahui sebagai kroni besar Umno-BN. Syarikat hak milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings, akhirnya terpaksa mengambil alih PSC-Naval Dockyard untuk memastikan kelancaran projek tersebut,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa, negara juga mengalami kerugian besar apabila projek pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) bernilai RM100 juta diberikan kepada syarikat yang langsung tiada pengalaman dalam bidang pembinaan.

“Skandal ini hangat diperkatakan apabila didedahkan oleh Deepak Jaikishan (rakan karib Datin Seri Rosmah Mansor) yang marah kerana Raja Ropiaah dikatakan gagal menunaikan perjanjian kepada Deepak sebagai timbal balik untuk Deepak membantu dalam projek pembinaan Puspahanas tersebut.

“Sekali lagi, anak syarikat LTAT terpaksa mengambil alih projek sakit milik kroni Umno-BN untuk memastikan kelancaran projek,” katanya.

Justeru, beliau berharap, satu tadbir urus yang cekap dan berhemah berdasarkan kepada kaedah-kaedah terbaik dapat dijadikan amalan di Kementerian

Mengulas lanjut, beliau mendakwa, negara juga mengalami kerugian besar apabila projek pembinaan Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (Puspahanas) bernilai RM100 juta diberikan kepada syarikat yang langsung tiada pengalaman dalam bidang pembinaan.

“Skandal ini hangat diperkatakan apabila didedahkan oleh Deepak Jaikishan (rakan karib Datin Seri Rosmah Mansor) yang marah kerana Raja Ropiaah dikatakan gagal menunaikan perjanjian kepada Deepak sebagai timbal balik untuk Deepak membantu dalam projek pembinaan Puspahanas tersebut.

“Sekali lagi, anak syarikat LTAT terpaksa mengambil alih projek sakit milik kroni Umno-BN untuk memastikan kelancaran projek,” katanya.

Justeru, beliau berharap, satu tadbir urus yang cekap dan berhemah berdasarkan kepada kaedah-kaedah terbaik dapat dijadikan amalan di Kementerian Pertahanan dan aset-aset yang terbaik turut dapat disediakan dan diselenggara untuk kegunaan perwira-perwira negara dalam angkatan tentera.

sumber

INI SERANGAN PERTAMA NAJIB TERHADAP DR M DAN GUAN ENG

Scroll kebawah untuk menonton Video penuh
Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) ‘berat sebelah’ mengenai tindakan terhadap rasuah.

Beliau dipetik Malay Mail berkata kedaulatan undang-undang mesti dikenakan kepada semua, termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

“Apa pun, ia perlu adil. Kedaulatan undang-undang perlu diterapkan dengan cara yang sangat adil, dan ia harus dilihat dikenakan untuk semua orang. Semua orang mesti mematuhi undang-undang.

“Maksud saya, jika anda (Mahathir) telah menerima 30 ekor kuda daripada kawan-kawan anda, itu juga harus diambil kira, kerana beliau telah mengaku secara terbuka. Kuda itu diberikan oleh kawan-kawannya.

“Beliau telah menerima hadiah daripada rakan-rakannya dan telah mengakuinya secara terbuka,” kata Najib di rumahnya.

Siasatan patuhi undang-undang
Mahathir berkata dalam wawancara CNN dua tahun lalu, beliau telah menerima hadiah kira-kira 40 ekor kuda.Najib kini di bawah siasatan skandal 1MDB. Rumah dan pelbagai premis yang dikaitkan dengannya diserbu pasukan polis.

Mahathir, yang menumbangkan pentadbiran Najib pada pilihan raya umum 9 Mei, menegaskan siasatan akan mematuhi undang-undang.

Sementara itu, Najib juga mempersoalkan pelantikan Lim sebagai menteri kewangan di tengah-tengah perbicaraan kes rasuah.

“Baiklah, prinsipnya adalah kedaulatan undang-undang. Beliau tidak bersalah sehinggalah terbukti (di mahkamah), jadi beliau tidak bersalah kerana beliau dituduh.

“Walaupun beliau tidak bersalah, tetapi kebanyakan orang tidak fikir jika sesuai untuk seorang lelaki yang sedang dibicarakan (mahkamah) untuk dilantik sebagai menteri kewangan, sehinggalah beliau membersihkan namanya.

“Saya tidak mengatakan dia bersalah, tetapi bersihkan nama anda terlebih dahulu,” kata Najib.
Menteri Kewangan yang baru kini sedang dibicarakan atas tuduhan rasuah mengenai diskaun pembelian banglo di Jalan Pinhorn di George Town daripada ahli perniagaan Phang Li Koon.

Guan Eng menafikan dakwaan itu, berkata ia bermotifkan politik.

sumber: malaysiakini via Media2040

SELEPAS KHAIRY JAMALUDDIN DEDAH KESILAPAN BELIAU TERHADAP NAJIB, INI RESPOND BALAS NAJIB YANG BUAT KJ TAK SENANG DUDUK!

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin patut memberitahunya bahawa beliau telah tersasar dari landasan yang betul.

“Khairy bebas untuk datang dan berjumpa dengan saya dan berkata: ‘Lihat tuan, saya rasa anda tidak berada di landasan yang betul, atau ada masalah, anda tahu, yang tidak diselesaikan dengan cara yang betul.’ Kemudian saya boleh membuat keputusan, sama ada untuk menerima atau tidak menerima.

“Dia tidak berbuat demikian. Maksud saya, dia mengakui bahawa dia tidak berbuat demikian,” kata Najib dalam wawancara dengan Malay Mail.

Khairy dalam temu bual dengan Channel News Asia berkata tiada seorang pun dalam Umno yang mahu mengakui terdapat masalah dalam Umno dan itu merupakan satu kesilapan besar.

Bagaimanapun, Najib berkata beliau mengamalkan gaya terbuka yang mana orang bebas untuk menyuarakan pandangan mereka.

Suarakan secara tertutup

“Kecuali, saya mahu ia dilakukan secara tertutup (bukan kepada umum), kerana kita tidak perlu menyerang satu sama lain sebagai anggota kerajaan.

“Dia (Khairy) perlu sedar saya tidak akan menekan sesiapa yang mempunyai pendapat berbeza. Saya hanya mahukan disiplin parti dan sesiapa yang didisiplinkan parti adalah kerana mereka melanggar disiplin parti,” katanya.

Umno dan BN kalah pertama kali dalam pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.

Kekalahan itu membawa kepada perletakan jawatan Najib sebagai presiden Umno dan pengerusi BN pada 12 Mei lalu.

Khairy yang juga anggota parlimen Rembau menerima kekalahan itu sebagai tanggungjawab bersama BN dan Umno ‘yang secara sistematik ditolak’ rakyat.

Sebelum ini…

“Saya silap dan saya akan ingat sampai bila-bila” – Khairy Jamaluddin Akhirnya Dedah Kesilapan Beliau Terhadap Najib!

INI merupakan siri pertama dari dua siri temubual eksklusif Astro AWANI dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Dalam siri ini, Khairy cuba menyentuh punca sebenar kemerosotan sokongan terhadap parti yang telah memerintah selama 61 tahun itu, hingga kehilangan kuasa buat pertama kali dalam sejarah Malaysia.
Keputusan untuk terus bersama UMNO, walaupun sudah ada unsur-unsur salah tadbir urus oleh bekas Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak, terutamanya berhubung soal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), merupakan satu keputusan yang jelas tidak betul, kata Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin.
Kata Ahli Parlimen Rembau itu lagi, kesilapan besar beliau dan Pergerakan Pemuda UMNO adalah terlalu menjaga hati pemimpin atasan dan memegang kepada konsep feudalism secara membuta tuli.

“Apabila Tan Sri Muhyiddin, Datuk Seri Shafie dan sebagainya dipecat daripada parti, kami (Pemuda) telah membuat pilihan untuk terus bersama parti, itu adalah pilihan kami dan jelas pilihan itu adalah tidak betul.

“Ini merupakan pengajaran buat UMNO kerana selepas ini, kita kena berani menegur presiden, kena berani menegur pemimpin … dan jangan sekali-kali kita menyimpan suara sebenar rakyat daripada pemimpin,” katanya ketika ditemubual Astro AWANI di Pejabat Pergerakan Pemuda UMNO, di Menara Dato Onn, di sini hari ini.

Jelas bekas Menteri Belia dan Sukan itu lagi, sekiranya ahli UMNO terus dengan budaya mengampu, dengan budaya tidak berani bercakap ini, parti yang berusia 72 tahun itu langsung tidak akan berganjak ke hadapan, selari dengan perubahan drastik lanskap politik masa kini.

“Ini termasuk saya, kerana saya pun melakukan kesilapan,” katanya lagi.

Pada PRU yang lepas, UMNO dan Barisan Nasional mengalami kekalahan yang cukup teruk, apabila mereka hanya mampu mendapat 78 kerusi parlimen berbanding 133 yang dimenangi pada PRU sebelumnya.

Keadaan itu sekaligus membuat parti itu hilang kuasa memerintah buat pertama kalinya semenjak kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957, dan pembentukan Malaysia pada 1963.

Ditanya bila sebenarnya beliau merasakan indikasi penolakan semakin ketara sepanjang tempoh berkempen PRU yang lepas, Khairy berkata, penolakan itu sudah lama dirasakan, namun hanya pada sudut mikro.

Namun, jelasnya, UMNO dan BN masih merasakan pengundi tegar masih serta pengundi simpanan tetap masih bersama parti itu.

No Malay Tsunami

“There wasn’t any Malay Tsunami. Dalam tempoh berkempen itu, saya cuma merasakan agak dingin, namun saya tidak rumuskan kita akan kehilangan kuasa secara total. Hati kecil saya berbisik, mungkin majoriti akan berkurangan kepada 120 kerusi Parlimen sahaja.

“Tetapi pada hari pembuangan itu, di kawasan saya sendiri (Rembau), saya sudah mula merasakan penolakan secara subtle. Pengundi saya macam segan, saya boleh rumuskan dia tidak benci saya, tetapi dia kata – minta maaflah kali ini saya tak dapat sokong anda,” katanya lagi.

Khairy berkata, penolakan itu jelas akibat isu-isu tertentu seperti 1MDB dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), dan kesilapan besar mereka ialah tidak membaca tanda-tanda kemarahan dan keresahan rakyat lebih awal.

“Dan kesilapan ini saya akan ingat selama-lamanya, yang sepatutnya kita baca tanda-tanda ini lebih awal lagi. Dan ini satu kegagalan bagi semua pihak dalam UMNO dan Barisan Nasional,” jelasnya lagi.

Atas sebab itu, kata Khairy, perkara paling utama dalam proses pembinaan UMNO yang bermula sekarang ialah, beban itu tidak harus ditanggung bekas Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak semata-mata.

“Kita kena terima tanggungjawab itu secara collective. Jangan kita ingat dengan pengunduran Datuk Seri Najib, dengan adanya kepimpinan baru, dengan itu semata-mata, UMNO akan pulih.

“Jangan kita buat kesilapan pada tahun 2008 di mana kita menurunkan Pak Lah (Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi), tetapi kita gagal buat perubahan yang total kepada UMNO,” katanya.

Bercakap lebih mendalam mengenai sudut Pemuda pula, Khairy berharap pimpinan sayap itu yang seterusnya dapat menjadikan ini sebagai pengajaran, dan lebih tegas sekiranya mendapati pemimpin teratas mula tersasar dari landasan perjuangan.

“Saya harap, pada masa akan datang, siapa sahaja yang menggantikan saya dapat melakukan dengan lebih hebat lagi. Kerana saya akui di situ, kita gagal menyuarakan kebimbangan dan keresahan rakyat biasa terhadap isu-isu yang disebut tadi seperti 1MDB dan sebagainya,” katanya lagi.

sumber: astroawani via Media2040

sumber