Demi Mempertahankan Anak, Berlutut Untuk Melengahkan Masa !!

Komen tentang video : (atau scroll ke bawah terus tonton video)

Tontonilah video ini. Ini adalah video rakaman daripada sebuah kedai baju. Pada hari tersebut, seorang wanita cantik yang merupakan pekedai baju itu menjaga kedai tersebut seorang diri bersama dengan dua orang anak.

Tiba-tiba datangnya seorang lelaki yang datang untuk merompak. Pada masa tersebut, wanita tersebut tidak berani untuk membantahnya dan hanya ingin menjaga keselamatan anak-anaknya sahaja.

Wanita tersebut kemudiannya berlutut untuk merayu kepada perompak supaya jangan cederakan anak-anaknya. Nasib baik perompak tersebut hanya mengambil semua duit sahaja tanpa mencederakan sesiapa.

Orang ramai diminta bertenang apabila menghadapi keadaan sebegitu. Jangan berlawan dengan perompak, terutamanya jika bersama dengan wanita dan kanak-kanak.

Kita kena menenangkan perompak tersebut agar tidak mencederakan orang, dan jika terdapat peluang, kita kena melaporkan kepada polis dengan secepat mungkin.

Perompak mungkin membawa senjata berbahaya seperti pisau ataupun pistol. Jadi, jika anda seorang lelaki sahaja pun janganlah berlawan dengan perompak.

Kita menenangkan perompak tersebut dan cuba mengingatkan semua kejadian yang berlaku, terutamanya wajah atau rupa perompak, baju yang dipakai ataupun kalau dia memakai kereta ataupun motosikal.

Kita cuba mengingatkan kereta atau motosikal tersebut, serta ciri-ciri istimewa padanya. Semua ini berguna kepada pihak polis untuk membuat siasatan.

Apa-apa pun. jom tonton video di bawah. Ibu cantik demi mempertahankan anak, berlutut untuk melengahkan masa.. Apa yang berlaku semua dirakam CCTV dah!! Saksikan

Sila tonton video:

https://youtu.be/RJy5iOEq74s