Khairy Jamaluddin Buka Mulut Dan Beritahu Sebab Sebenar Kenapa Dia Tolak Pelawaan Zahid Hamidi !!

KJ dan Zahid akhirnya bercakap semula

Khairy Jamaluddin berkata beliau akhirnya kembali bercakap dengan presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Hubungan antara mereka berdua agak “tegang” mutakhir ini dan menurut Khairy, mereka berdua tidak bercakap sejak beliau tidak menyertai anggota pembangkang lain keluar dewan di hari pertama sidang Dewan Rakyat, minggu lalu.

“Memang ada sedikit ketegangan, saya lawan dia (dalam pemilihan presiden Umno). Tapi selain daripada itu, dia seperti abang saya…hubungan kami baik.

“Dia bercakap dengan saya sebentar tadi, untuk kali pertama sejak ‘walkout’.

“Dia kata ‘anda berucap hari ini?’ dan say jawab ‘ya,” kata Khairy ketika ditemui pemberita di lobi parlimen selepas berucap dalam sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang Di-pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Ketika ditanya mengapa beliau dilihat lebih gembira berbanding kebiasaan pada hari ini, Khairy tersenyum dan berkata ia kerana “presiden Umno bercakap dengan saya”.

Dalam pemilihan Umno bulan lalu, Zahid menewaskan Khairy dan seorang lagi calon, Tengku Razaleigh Hamzah dalam perebutan jawatan presiden.

‘Menjadi suara bebas’

Terdahulu, Zahid mendakwa telah menawarkan tiga jawatan kepada Khairy namun ditolaknya.

Zahid berkata beliau menawarkan Khairy untuk menjadi ‘regunya’ dengan bertanding jawatan timbalan presiden, dan selepas itu menawarkan jawatan setiausaha agung dan ketua penerangan parti.

Ditanya tentang tindakannya itu, bekas ketua pemuda Umnop itu berkata beliau mahu menjadi suara bebas dalam Umno.

“Saya tidak mahu terikat dengan keputusan parti…Biarlah saay jadi suara bebas (dalam parti). Ini baik untuk Umno,” katanya lagi.

Khairy berkata beliau tetap setia dengan Umno dan akan turut serta dalam kempen di PRK Sungai Kandis hujung minggu ini.

Ini sebab Khairy tolak tawaran jawatan UMNO oleh Ahmad Zahid

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan pendiriannya menolak semua tawaran Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kerana ingin kekal menjadi suara bebas menegur parti itu.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau menegaskan beliau tidak ingin terikat dengan keputusan UMNO.

Beliau menyatakan ingin bergerak solo dan bebas dalam parti.

“Sebenarnya saya cuma tolak dua tawaran jawatan, sebelum pemilihan UMNO beliau (Zahid) cadangkan saya bertanding jawatan Timbalan Presiden, ini bukan jawatan tapi suruh bertanding.

“Biarlah saya bebas untuk nyatakan pandangan saya kepada UMNO. Saya dah beritahu tak nak terikat dengan keputusan parti, saya nak sendiri dalam parti,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Ketika ditanya, adakah beliau ingin bertindak ‘rebel’ dalam UMNO, beliau hanya menjawab ingin meneruskan kerjanya di Parlimen dan membantu kempen BN di PRK Dun Sungai Kandis hujung minggu ini.

“Biarlah saya jadi suara bebas, boleh raikan kepelbagaian suara dalam UMNO. “Kalau ada perkara tak betul, kena tegurlah,” ujarnya.

Sumber : Astro Awani